BAB 1.3 & 1.4 MASA SILAM , RUANG DAN SUMBER DALAM SEJARAH

Cards (11)

  • Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku dan dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi.
  • Kronologi merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus
  • Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.
  • Ruang masa ini dapat dibahagikan kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun), dan alaf (1000 tahun)
  • Rajah Garis Masa:
    A) Zaman Sebelum Masihi
    B) Masihi
    C) dekad
    D) abad
    E) alaf
    • Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka kepada tema tertentu, seperti politik, ekonomi dan sosial.
    • Ruang dalam sejarah juga memudahkan sejarawan melakukan penyelidikan sebelum membuat penulisan sejarah.
    • Selain itu, ruang dalam sejarah menambahkan kepelbagaian dalam pengkajian dan penulisan sejarah.
  • Sumber sejarah:
    A) Belum diolah atau diterbitkan
    B) Bersifat asli
    C) Belum ditafsir
    D) Telah diolah dan diterbitkan
    E) Tersebar kepada umum
  • Artifak merupakan peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan. Peralatan ini diperbuat daripada batu, kaca dan logam. Penemuan artifak loceng gangsa di Kampung Pencu, Muar, Johor boleh dijadikan sumber untuk melihat hubungan perdagangan dengan kerajaan Funan. Loceng ini dihasilkan sekitar 150 tahun Masihi, iaitu bersamaan dengan perluasan kuasa kerajaan Funan.
  • Bukan Artifak merupakan data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah tanah dan di atas permukaan tanah, seperti dinding gua, dinding kota dan struktur binaan. Penemuan candi Lembah Bujang boleh dijadikan sumber kajian bagi menunjukkan adanya pengaruh Hindu dan Buddha serta hubungan perdagangan antara India dengan Kedah.
  • Ensiklopedia merupakan satu daripada sumber sekunder. Bahan yang terkandung dalam ensiklopedia ini berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih. Contohnya, The Encyclopedia of Malaysia yang mengandungi beberapa tema seperti, sejarah awal, sejarah moden awal, arkitektur, laut dan tumbuh-tumbuhan.
  • Arca: patung yang diperbuat daripada batu, kayu dan lain-lain yang dipahat dan menyerupai bentuk sesuatu.