BAB 1.5.1 KAEDAH BERTULIS

Cards (5)

  • Kaedah bertulis ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis. Di Asia Tenggara, tulisan tertua dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada kulit kayu, gading dan daun lontar. Kaedah bertulis juga boleh dilihat pada catatan harian seseorang, fail kerajaan dan catatan pengembaraan.
  • Langkah menjalankan kaedah bertulis:
    1. Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi.
    2. Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut.
    3. Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh.
    4. Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta peralatan arkeologi).
    5. Menganalisis.
  • Paleografi: ilmu mengkaji dan menganalisis tulisan kuno pada daun lontar, papirus, tanah liat atau batu.
    Epigrafi: ilmu mempelajari tulisan yang terdapat pada tugu, bangunan dan prasasti.
  • Daun lontar digunakan untuk mencatatkan maklumat yang menjadi bahan penulisan dalam masyarakat tradisional di Asia Tenggara. Sumber catatan ini boleh membantu kita mengetahui sejarah masa lalu dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, keagamaan dan perubatan.
  • Kaedah bertulis juga membantu kita untuk menyelidiki sejarah negara. Misalnya, melalui penyelidikan terhadap prasasti atau batu bersurat. Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan tahun 1303 Masihi menceritakan perihal hukum Islam. Hal ini menjadi bukti bahawa agama Islam sudah bertapak di negara kita lebih awal dari tarikh ini.