BAB 1.5.2 KAEDAH LISAN

Cards (5)

  • Kaedah lisan merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. Tokoh yang dipilih untuk ditemu bual dikenali sebagai orang sumber. Orang sumber biasanya terdiri daripada mereka yang memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri. Apabila kita menghargai orang sumber bererti kita menghargai sejarah lisan negara kita.
  • Tahap kaedah lisan:
    A) Persediaan
    B) Rakaman temu bual
    C) Memproses rakaman
  • Tahap pertama: Persediaan
    1. Menentukan tokoh.
    2. Menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual.
    3. Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah.
  • Tahap kedua: Rakaman temu bual
    1. Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji terutama dengan meneliti sumber bertulis dahulu.
    2. Meyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama dan menghargai tujuan pengkajian.
  • Tahap ketiga: Memproses rakaman
    1. Membuat senarai dan menyalin atau menyunting rakaman.
    2. Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis.
    3. Menyimpan rakaman dengan baik.