BAB 1.5.3.1 KAEDAH ARKEOLOGI DAN KERJA-KERJA DI DALAMNYA

Cards (5)

  • Kaedah arkeologi merupakan kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah. Antara bahan tinggalan sejarah yang ditemukan melalui kaedah gali cari atau ekskavasi termasuklah fosil, tembikar, bahan logam dan binaan daripada batu.
  • Sebagai warga Malaysia yang cinta akan negara, kita sewajarnya memelihara dan memulihara tapak arkeologi agar warisan ini dapat dinikmati oleh generasi seterusnya. Usaha penyelidikan dan langkah mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa- Bangsa Bersatu (United Nations of Educational, Scientific and Cultural Organisation - UNESCO) serta memperkenalkan warisan negara kita ke peringkat antarabangsa haruslah didokong oleh semua pihak.
  • Aktiviti gali cari di tapak penemuan:
    1. Perancangan grid sebelum kerja ekskavasi. Setiap petak diberikan nombor rujukan.
    2. Menandakan kawasan berdasarkan pelan.
    3. Ekskavasi dengan mencatatkan semua penemuan.
  • Ekskavasi: proses mengumpulkan data dalam bidang arkeologi untuk memperoleh maklumat tentang masa lampau manusia. Aktiviti gali cari bermula dari permukaan tanah hingga tahap tanah asal.
    Grid: penandaan kawasan di tapak arkeologi untuk aktiviti gali cari.
  • Kerja-kerja di makmal arkeologi.
    1. Pemunggahan dan pengisihan. Pengisihan biasanya mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak dijumpai.
    2. Pembersihan dilakukan sebelum dikaji.
    3. Pengkatalogan bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan.
    4. Penganalisisan bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu artifak.