BAB 1.6 & 1.7, TAFSIRAN DALAM SEJARAH & KEPENTINGAN SEJARAH

Cards (5)

  • Tafsiran dalam sejarah bererti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
  • Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan. Walau bagaimanapun, pentafsiran dan penerangan yang objektif atau tepat menjadi matlamat utama seseorang sejarawan. Perbezaan wujud disebabkan:
    • pemilihan sumber yang pelbagai
    • perbezaan pandangan
    • perbezaan ideologi
    • tujuan penulisan
  • Kepentingan tafsiran dalam sejarah
    • Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh.
    • Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza.
    • Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah.
    • Menjadikan sesuatu peristiwa sejarah itu bermakna dan berfaedah atau sebaliknya.
  • Peritsitwa penentangan Haji Mat Hasan bin Munas (Tok Janggut) di Pasir Puteh, Kelantan
    1. Tafsiran tempatan: a. Kebangkitannya disebabkan oleh pihak British dan peraturan cukai yang membebankan orang ramai. (Pejuang)
    2. Tafisiran Barat (British): Pemberontak
  • Kepentingan mempelajari sejarah:
    1. Mengenal asal usul sendiri, keluarga dan bangsa.
    2. Mengambil iktibar dan pengajaran dari kesilapan yang lalu demi tidak mengulangnya.
    3. Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
    4. Mengukuhkan perpaduan antara kaum.
    5. Membangunkan bangsa dan negara
    6. Mengekalkan kegemilangan yang dicapai oleh negara
    7. Memahami dan menghargai budaya dan adat resam dahulu dan kini serta warisan negara.
    8. Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kehidupan seharian kita.