beriman kepada rasul

Cards (10)

  • BERIMAN KEPADA RASUL
    • meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan para nabi dan rasul kepada umat manusia dan meyakini pengutusan 25 orang rasul yang disebutkan dalam al-Quran secara khusus
  • PENGERTIAN RASUL
    • seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya tetapi diperintah untuk menyampaikan kepada umat
  • PENGERTIAN NABI
    • seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan wahyu kepadanya serta tidak diperintah untuk menyampaikan kepada orang lain
  • HIKMAH RASUL DIPILIH DALAM KALANGAN MANUSIA
    1. rasul dapat menunjukkan contoh ikutan yang sempurna kerana rasul lebih mengetahui keperluan manusia . manusia tidak boleh menolaknya dengan alasan di luar kemampuan mereka
    2. menunjukkan kemuliaan manusia yang dipilih menjadi khalifah di bumi berbanding dengan makhluk yang lain
    3. manusia lebih mudah beriman kepada rasul apabila dapat membuktikan kerasulannya kepada mukjizat
    4. menjadi ujian kepada manusia sama ada mengakui kebenaran rasul yang diutuskan kepada mereka atau mendustakannya
  • MAKSUD 'ISMATUR RASUL
    • BAHASA : terpelihara daripada sesuatu yang buruk
    • ISTILAH : pemeliharaan Allah SWT terhadap para rasul daripada melakukan dosa dalam apa bentuk sekali pun sama ada dosa kecil atau dosa besar
  • MUKJIZAT
    • BAHASA : yang melemahkan
    • ISTILAH : perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan mereka
  • JENIS MUKJIZAT
    • hissiyyah
    • maknawiyyah
  • MAKSUD ULUL AZMI
    • rasul yang mempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk menghadapi ujian dalam dakwah
  • TUGAS RASUL
    1. menjadi saksi terhadap manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT
    2. menjadi contoh teladan yang terbaik kepada umat manusia dalam semua aspek kehidupan
    3. menyampaikan berita gembira kepada orang yang beriman dan berita sengsara kepada orang yang kafir
    4. menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata
  • KESAN BERIMAN KEPADA PARA RASUL
    1. mencontohi rasulullah SAW dalam semua aspek kehidupan
    2. mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kerana mematuhi ajaran Rasulullah SAW