Komponen yang membentuk bumi terdiri daripada atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera
Lapisan atmosfera
Troposfera
Stratosfera
Mesosfera
Termosfera
Eksosfera
Atmosfera
Lapisan udara yang menyelubungi bumi, mengandungi pelbagai jenis gas, debu, habuk, asap serta wap air
Hidrosfera
Semua bahagian air yang wujud di bumi, merangkumi air laut, air tasik, air sungai, air bawah tanah, air paya dan litupan ais
Litosfera
Lapisan luar bumi yang merangkumi bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel, mengandungi pelbagai jenis batuan dan mineral
Biosfera
Kawasan yang didiami oleh semua benda hidup, iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan, melibatkan bahagian kerak bumi dan atmosfera
Struktur Bumi
Terdiri daripada tiga lapisan: kerak bumi, mantel dan teras bumi
Kerak Bumi
Lapisan bumi yang paling keras dan pejal, terdiri daripada dua lapisan: sial (silika dan aluminium) dan sima (silika dan magnesium)
Mantel
Terletak di bawah lapisan kerak bumi, merangkumi dua pertiga jisim bumi, bersifat pepejal tetapi lapisan luarnya bersifat separa cecair
Teras Bumi
Lapisan yang paling dalam, mengalami tekanan yang kuat dan suhu yang sangat tinggi, terbahagi kepada teras luar dan teras dalam
Benua
Asia
Afrika
Amerika Utara
Amerika Selatan
Eropah
Australia
Antartika
Benua Asia
Benua terbesar di dunia, meliputi keluasan kira-kira 55.8 juta kilometer persegi
Benua Afrika
Benua yang kedua terbesar di dunia, meliputi keluasan kira-kira 30 juta kilometer persegi
Benua Amerika Utara
Benua yang ketiga terbesar di dunia, meliputi kawasan seluas kira-kira 24.5 juta kilometer persegi
Benua Amerika Selatan
Benua yang keempat terbesar di dunia, meliputi kawasan seluas kira-kira 17.8 juta kilometer persegi
Benua Antartika
Benua yang terletak paling selatan, meliputi kawasan seluas kira-kira 14 juta kilometer persegi
Benua Eropah
Benua yang kedua terkecil di dunia, meliputi keluasan kira-kira 10.4 juta kilometer persegi
Benua Australia
Benua yang paling mendatar di dunia, meliputi keluasan kira-kira 7.6 juta kilometer persegi
Lautan
Lautan Pasifik
Lautan Artik
Lautan Atlantik
Lautan Hindi
Lautan Selatan
Lautan Pasifik
Lautan terbesar di dunia, purata kedalaman 4300 m
Lautan Artik
Lautan terkecil dan tercetek di dunia, terletak berdekatan dengan Kutub Utara
Lautan Atlantik
Lautan kedua terbesar di dunia, memanjang dari utara ke selatan dan membentuk seakan-akan huruf 'S'
Lautan Hindi
Lautan ketiga terbesar di dunia, bersempadan dengan benua Asia, Afrika dan Australia, purata kedalamannya 3900 m
Lautan Selatan
Lautan yang mengelilingi benua Antartika
Laut Utama
Laut China Selatan
Laut Sulu
Laut China Selatan
Terletak dalam lingkungan Lautan Pasifik, merangkumi perairan bermula dari Selat Melaka hingga ke Selat Taiwan
Laut Sulu
Terletak di bahagian barat daya Filipina, berhampiran Pulau Borneo
Selat
Selat Melaka
Selat Tebrau
Selat Melaka
Terletak di perairan antara Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera (Indonesia), selat terpanjang di dunia
Selat Tebrau
Merupakan kawasan perairan sempit yang memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura
Hanyutan Benua
Proses pemisahan plat menyebabkan berlakunya perubahan kedudukan benua
PembentukanGunung Lipat
Pergerakan dan pertembungan plat bumimenyebabkan kerak bumi termampat, seterusnya membentuk banjaran gunung lipat
PembentukanGunung Bongkah
Proses gelinciran atau sesaran plat bumi di daratan atau di lautan akibat pengaruh daya tegangan atau mampatan
Gempa Bumi
Berlaku apabila wujudnya daya tekanan akibat pertembungan dan himpitan antara plat, menghasilkan gegaran di kawasan sempadan plat
Gunung Berapi
Terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat yang mewujudkan zon benam, plat yang terangkat akan membentuk gunung dan rekahan, cecair magma akan keluar memenuhi rekahan pada plat bumi seterusnya membentuk gunung berapi