Bab 4

Cards (17)

  • Insan
    Berasal dari kata al-Ins yang disebut di dalam al-Quran, juga disebut dengan kalimat al-Nas, bermaksud harmonis, lemah lembut, berperikemanusiaan
  • Insan memiliki keupayaan untuk berfikir
  • Proses penciptaan manusia
    1. Nutfah
    2. Alaqah
    3. Izham (tulang)
    4. Mudghah
    5. Lahm
    6. Nafkhur-Ruh
  • Nabi Adam
    Khalifah di muka bumi
  • Peranan Insan
    • Hamba Allah
    • Khalifah
  • Tujuan penciptaan manusia mengikut Kristian adalah untuk memenuhi bumi & mengelola seluruh alam ciptaan-Nya
  • Dosa warisan (inherited sins) adalah dosa yang dilakukan oleh Adam & menyebabkan terputusnya hubungan manusia dengan Tuhan
  • Manusia dalam pandangan Hindu
    Hidup di dunia sentiasa berusaha mencari kemewahan dan keseronokan (Artha dan Kama), mempunyai tanggungjawab atau Dharma, matlamat kehidupan adalah untuk mencapai Moksha
  • Manusia dalam pandangan Buddha
    Hidup berasaskan Karma atau ketentuan, matlamat kehidupan adalah untuk mencapai Nirvana
  • Manusia dalam pandangan Konfucianisme
    Dianjurkan untuk mengikut prinsip-prinsip etika di dalam hidup, mempunyai sifat yang penuh dengan perasaan kasih sayang dan segala pergerakannya bebas daripada penyelewengan dan sifat kekerasan
  • Dalam Islam, manusia berasal dari Allah, diciptakan untuk mengabdi kepada-Nya
  • Kematian dalam Islam
    Pintu yang memisahkan antara alam dunia dan akhirat yang merupakan tempat pembalasan di atas apa jua amalan semasa hidup di dunia
  • Kematian dalam Kristian
    Peralihan status "hidup" kepada status "tidak hidup", orang-orang yang meninggal bukan lagi "jiwa yang hidup" sebagaimana statusnya sejak ia tercipta, sebab ia sudah ditinggalkan oleh Roh yang kembali kepada Tuhan
  • Kematian dalam Hindu
    Jiwa seseorang akan sentiasa hidup dan merasai suka dan duka, bahagia dan derita, akan terbabit dengan hukum Karma, kematian hanya akan berlaku kepada fizikal manusia sahaja
  • Kematian dalam Buddha
    Bererti putusnya seluruh ikatan yang mengikat kita terhadap keberadaan kita yang sekarang, tidak dapat dipisahkan dari kelahiran, dan juga sebaliknya dimana setiap yang mengalami kelahiran akan juga mengalami kematian
  • Konfucianisme tidak pernah mengkaji sebarang perkara yang melibatkan kematian atau ilmu ghaib
  • Chun Tze
    Seorang yang mempunyai peribadi yang agung dan budiman, merupakan matlamat utama dalam ideologi kemanusiaan Konfusianisme