mfb ar-rahnu

Subdecks (1)

Cards (167)

  • Penggadai (al-raahin)

    Seseorang individu yang menggadaikan barangnya kepada pengusaha Ar-Rahnu koperasi dan meminjam sejumlah wang dari gadaian tersebut
  • Akad
    Majlis penyerahan dan penerimaan barang gadaian
  • Barang gadaian (marhun)

    Barang emas yang boleh digadaikan kepada koperasi dan boleh dijual beli
  • Nilai barang gadaian (nilai marhun)
    Harga barang gadaian yang telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas
  • Pemegang gadai (al-murtahin)

    Orang yang memegang barang gadaian iaitu koperasi
  • Penaksir
    Pegawai yang bertanggungjawab menjalankan penilaian barang gadaian tersebut
  • Sistem kewangan Islam pada masa kini telah diperluaskan kepada pembiayaan pajak gadai sebagai usaha untuk menghapuskan riba dan gharar (ketidakpastian)
  • Objektif utama aktiviti Ar-Rahnu
    • Menyediakan keperluan kewangan yang mudah dan cepat kepada peniaga-peniaga kecil untuk dijadikan sebagai modal pusingan
    • Menyediakan sumber kewangan alternatif kepada skim pajak gadai konvensional
    • Membolehkan individu memperoleh kewangan yang lebih efektif dari segi kos tanpa perlu meminjam daripada saluran yang mahal seperti "ah long", "ceti" atau syarikat peminjam wang
    • Membangunkan kedudukan sosio-ekonomi masyarakat berpendapatan rendah dengan berperanan sebagai modal kepada perniagaan kecil, pembiaya pendidikan, dan pembangunan dalam industri kecil dan sederhana
  • Perbezaan utama antara sistem gadaian secara Islam dan konvensional ialah dalam kes gadaian secara Islam, barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal walaupun ia telah digadaikan
  • Dalam sistem gadaian konvensional, barang yang digadaikan mengikut amaun tertentu akan lupus sekiranya tidak ditebus dalam tempoh gadaian
  • Al-Wadiah Yad Dhamanah

    Simpanan Dengan Jaminan
  • Qardul Hassan
    Pembiayaan Kebajikan
  • Rukun gadaian
    • Penggadai
    • Pemegang gadaian
    • Marhun
    • Nilai marhun
    • Akad
  • Syarat-syarat melaksanakan aktiviti Ar-Rahnu (Koperasi)

    • Prestasi pengurusan
    • Kumpulan Wang Anggota
    • Undang-undang Kecil Koperasi
    • Aturan Ar-Rahnu
    • Kakitangan
    • Lokasi Premis Perniagaan
    • Infrastruktur Bangunan
    • Pengurusan Teknologi
    • Perlindungan Takaful
    • Kaedah pengujian barang gadaian
    • Prestasi Aktiviti Utama atau Sedia Ada
    • Undang-Undang Bertulis Lain
  • Syarat-syarat melaksanakan aktiviti Ar-Rahnu (Penggadai)

    • Merupakan seorang anggota atau bukan anggota koperasi
    • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun
    • Mempunyai keupayaan dari segi mental (waras)
  • Penggadai hendaklah mengesahkan bahawa barang gadaian adalah milik sendiri melalui surat akuan gadaian
  • g gadaian
    Pajak gadai
  • Kaedah pengujian barang gadaian
    Koperasi hendaklah memastikan kaedah pengujian barangan adalah berlandaskan amalan industri
  • Pelaksanaan aktiviti Ar-Rahnu yang dibuat tidak akan menjejaskan aktiviti utama atau sedia ada koperasi
  • Koperasi hendaklah mematuhi peruntukan undang-undang bertulis lain, jika ada
  • Penggadai
    Seseorang yang menggadaikan barang
  • Syarat minimum untuk seseorang penggadai
    • Merupakan seorang anggota atau bukan anggota koperasi
    • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun
    • Mempunyai keupayaan dari segi mental (waras)
  • Dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan menjalankan aktiviti Ar-Rahnu
    • Kertas kerja
    • Cabutan minit mesyuarat agung dan mesyuarat Lembaga
    • Cabutan undang-undang kecil
    • Prestasi aktiviti Ar-Rahnu yang sedia ada
    • Penyata harta-harta mudah tunai
    • Salinan penyata terimaan dan bayaran atau akaun pengurusan
    • Laporan dan Penyata Kewangan Teraudit
    • Dokumen tambahan lain
  • Koperasi yang menjalankan aktiviti Ar-Rahnu boleh dikenakan caj permohonan dan fi tahunan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya
  • Pembukaan cawangan
    1. Koperasi hendaklah membuat penyelidikan awal mengenai kesesuaian lokasi, reka bentuk premis atau kedai dan persekitaran setempat
    2. Koperasi perlu memastikan kehendak Akta SKM 2007, Akta Koperasi 1993, Peraturan-Peraturan Koperasi dan GP18 dipatuhi
  • Dalam menjalankan aktiviti Ar-Rahnu, koperasi hendaklah menitikberatkan kebaikan dan kemaslahatan kedua-dua belah pihak iaitu koperasi dan penggadai
  • Barang gadaian emas yang mempunyai simbol keagamaan termasuk patung atau makhluk lengkap bernyawa tidak boleh dijadikan gadaian
  • Dokumen yang perlu dikemukakan untuk gadaian barangan emas
    • Resit pembelian atau inbois jualan
    • Sijil ketulenan emas
    • Sijil penghargaan majikan
  • Kaedah pengujian dan penilaian emas
    1. Pengujian asid (touchstone)
    2. Ketumpatan (densimeter)
    3. X-Ray Fluorescence (XRF)
  • Perkara yang perlu dipamerkan di premis
    • Harga emas harian
    • Upah simpan
    • Kadar margin pembiayaan
  • Koperasi hendaklah menjalankan perniagaan dan menerima apa-apa barang emas sebagai pajak gadai di antara pukul 8 pagi dan 6 petang
  • Koperasi hendaklah memastikan bahawa barang yang diterima sebagai pajak gadai tidak terdapat sesuatu cap atau tanda menunjukkan ianya sebagai harta Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesebuah Negeri
  • Kawalan Had Pembiayaan
    • Jumlah pemberian pembiayaan oleh koperasi kepada setiap penggadai tidak melebihi RM50,000.00 atau tidak melebihi 70% daripada nilai marhun, mengikut mana yang rendah
    • Jumlah keseluruhan pemberian pembiayaan oleh koperasi kepada setiap penggadainya tidak melebihi 25% daripada Kumpulan Wang Anggota
  • Tempoh Gadaian
    • Tempoh gadaian maksimum bagi aktiviti Ar-Rahnu adalah 6 bulan sahaja
    • Tempoh lanjutan gadaian boleh diberikan dalam gandaan maksimum 6 bulan dengan syarat upah simpan bagi tempoh yang lalu telah dijelaskan sepenuhnya
  • Upah Simpan
    • Upah simpan hendaklah dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus
    • Kadar upah simpan maksimum yang boleh dikenakan oleh koperasi adalah 1% sebulan ke atas nilai marhun
    • Kadar upah simpan bagi tempoh lanjutan boleh mengikut budi bicara koperasi tetapi tidak boleh melebihi 1% sebulan ke atas nilai marhun
  • Cara Bayaran Balik
    1. Koperasi hendaklah memberi pilihan kepada pelanggannya untuk membuat bayaran balik secara ansuran atau sekali gus
    2. Kaedah bayaran balik pembiayaan kepada koperasi boleh dibuat secara tunai, akaun bank, cek atau perbankan secara elektronik
  • Gadaian Semula
    1. Penggadai dibenarkan untuk menggadai semula barang gadaian yang sama dengan syarat pembiayaan dan upah simpan yang lama dijelaskan secara pelarasan dengan pembiayaan baharu
    2. Jumlah pembiayaan baharu adalah bergantung kepada nilai marhun semasa
  • Koperasi hendaklah memastikan bahawa urusniaga gadaian semula dilaksanakan dengan telus dan berhemah serta segala dokumen berkaitan disimpan dan direkod dengan teratur
  • Penggadai adalah berhak menebus marhunnya pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh gadaian atau mana-mana tempoh lanjutan yang diberi oleh koperasi
  • Jualan Atau Lelongan
    1. Apabila penggadai gagal menebus marhun tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka koperasi berhak menjual/melelong marhun berkenaan
    2. Koperasi hendaklah melantik penjual/pelelong bagi menjalankan proses jualan/lelongan
    3. Sebelum tindakan menjual/melelong diambil, penggadai akan diberi notis secara bertulis dengan tempoh masa yang mencukupi
    4. Satu notis mengenai pelelongan tersebut hendaklah ditampal di ruang legar dan di hadapan premis Ar-Rahnu
    5. Wang hasil daripada lelongan akan digunakan untuk membayar amaun terhutang, kos penjualan/pelelongan dan kos-kos berkaitan
    6. Penggadai adalah berhak untuk memeriksa rekod jualan/lelongan dan penyata kewangan berkenaan dengannya
    7. Upah simpan bagi barang gadaian untuk tujuan jualan/lelongan hendaklah dikira sehingga tempoh penyelesaian