Adab

Cards (27)

  • Etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun tahap penghayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial dan biografi masyarakat berkenaan
  • Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan difahami mengikut 'acuan Malaysia' berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya, iaitu, Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial (PrK-Kol-PcK)
  • Adab

    Sekumpulan akhlak yang baik dan kebiasaan yang baik
  • Adat Istiadat
    Berbagai-bagai adat dan kebiasaan, majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa, berbagai-bagai adat (peraturan) yang dituruti
  • Adat Resam
    Adat yang diwarisi secara turun temurun sehingga menjadi satu hukum atau peraturan yang harus dipatuhi, kebiasaan yang sudah lumrah diterima oleh setiap individu di dalam sesebuah masyarakat
  • Etika
    Ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana yang buruk dengan memperlihatkan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui oleh akal, prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan, standard menyeluruh mengenai benar atau salah yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada masyarakat atau sifat baik
  • Etos
    Ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan sebagainya, usaha manusia membangunkan bangsa berdasarkan latar belakang individu, keluarga dan komuniti berbagai serta berbeza sejarah, etnik, Bahasa, agama, budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa
  • Etiket
    Adat dan peraturan berkenaan kesopanan (terutamanya dalam kehidupan sosial atau dalam profesion tertentu), aturan yang dicipta bertujuan untuk menjaga hubungan dengan orang lain agar terjalin komunikasi, melibatkan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik, diiktiraf dan diamalkan dalam masyarakat samada dalam majlis rasmi atau tidak
  • Perbezaan antara etika dan akhlak adalah etika bersifat teoritikal manakala akhlak bersifat praktikal, etika merupakan pengkaji manakala akhlak merupakan bahan yang dikaji, etika bersumber dari akal pemikiran manusia manakala akhlak bersumber dari wahyu (al-Quran dan al-Sunnah), etika bersifat relatif, subjektif, tidak mutlak, berubah-ubah dan sementara manakala akhlak bersifat sempurna, mutlak dan tetap
  • Etika
    Hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti. Kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian atau norma
  • Moral
    Nilai yang ditentukan baik atau tidak oleh etika
  • Perbezaan antara etika dan akhlak
    • Etika - bersifat teoritikal, merupakan pengkaji
    • Moral - bersifat praktikal, bahan yang dikaji
  • Sumber etika dan moral
    • Wahyu (al-Quran dan al-Sunnah)
    • Akal pemikiran manusia
  • Sifat etika dan moral

    • Etika - sempurna, mutlak dan tetap
    • Moral - relatif, subjektif, berubah-ubah dan sementara
  • Skop etika dan akhlak
    • Etika - luas dan menyeluruh (syumul), mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia
    • Akhlak - terhad dalam sesuatu aspek, mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja
  • Pakaian
    • Moral - mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik
    • Akhlak - menutup aurat adalah wajib, tidak menutup aurat dianggap tidak berakhlak
  • Bersalaman
    • Moral - dibolehkan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram
    • Akhlak - haram antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram
  • Etika dan peradaban pada zaman prakolonial

    • Adab
    • Adat istiadat
    • Adat resam
  • Etika dan peradaban pada zaman kolonial

    • Etika
    • Etos
    • Etiket
  • Etika dan peradaban pada zaman pascakolonial

    • Adab
    • Adat istiadat
    • Adat resam
    • Etika
    • Etos
    • Etiket
  • Kerangka menganalisis etika dan peradaban

    • Sejarah
    • Struktur sosial
    • Biografi
  • Tahap penghayatan etika dan peradaban dipengaruhi oleh sejarah, struktur sosial dan biografi
  • Peringkat penghayatan etika dan peradaban
    • Individu
    • Keluarga
    • Komuniti
    • Masyarakat (lokal dan global)
  • Individu, keluarga dan komuniti yang beretika akan mewarnai peradaban Malaysia yang baik
  • Etika yang tidak baik perlu ditolak kerana akan memusnahkan peradaban dalam jangka masa panjang
  • Masyarakat beretika dan mempunyai peradaban yang baik akan membentuk dan meletakkan negara dalam kedudukan yang baik dan dihormati
  • Syauqi Bey: 'Sesungguhnya kejayaan suatu umat (bangsa) terletak pada akhlaknya selagi mereka berakhlak dan berbudi perangai utama, jika pada mereka telah hilang akhlaknya, maka jatuhlah umat (bangsa) itu.'