Dunia merupakan bumi tempat tinggal kita dan tempat tinggal berjuta-juta hidupan yang lain.
Bumi pada hari ini telah melalui pelbagai perubahan yang memberikan kesan terhadap rupa bentuk fizikal, iklim, cuaca, hidupan yang ada dan kedalaman lautan.
Kemajuan ilmu sains dan teknologi telah membantu manusia untuk mengetahui sejarah yang berlaku kepada bumi semenjak jutaan tahun dahulu.
Pengetahuan dalam bidang paleontologi, kimia, arkeologi, geologi dan fizik membantu kita membuat penyelidikan tentang perubahan yang berlaku kepada bumi.
Geologi
Berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu geo yang bermaksud bumi dan logia yang bermaksud sains.
Oleh itu, geologi merujuk bidang ilmu yang mengkaji pembentukan bumi.
Paleontologi
Bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi
Bidang ilmu yang menkaji sisa atau fosil yang telah terawet dalam sedimen binatang, tumbuhan dan bentuk-bentuk hidupan purbakala.
Ahli sains menjangkakan bahawa usia bumi melebihi 4.6 bilion tahun. Bumi telah mengalami perubahan dari segi iklim dan fizikal semenjak bumi mula terbentuk.
Terdapat binatang yang berbulu tebal seperti Woolly Mammoth, harimau bertaring panjang, Sloth dan Bison occidentalis.
Bumi 650 juta tahun dahulu.
Tiada hidupan.
Bumi 390 juta tahun dahulu.
Air laut masih tawar.
Wujud hidupan seperti ikan dan amfibia.
Bumi 195 juta tahun dahulu.
Zaman Jurasik dan hidupan utama ialah dinosaur.
Bumi 94 juta tahun.
Dinosaur mengalami kepupusan.
Rupa bentuk benua mula kelihatan.
Bumi 18,000 tahun dahulu.
Kebanyakan binatang telah wujud seperti kuda, badak sumbu, anjing, dan kucing.
Paras air laut meningkat.
Bumi pada hari ini.
Daratan meliputi 29% daripada bentuk muka bumi.
Lautan meliputi 71% daripada bentuk muka bumi.
Daratan terdiri daripada gunung, banjaran dan bukit, tanah pamah, lembah dan sungai.
Lautan pula terdiri daripada laut, selat dan teluk.
Selat merupakan kawasan perairan sempit yang memisahkan dua kawasan daratan.
Teluk merupakan bahagian perairan laut yang menghala ke daratan dan kawasannya dibatasi oleh daratan.