Sejarah

Cards (60)

  • Umat Islam yang terdiri daripada berbilang bangsa, bahasa, asal-usul
    negeri, tempat kelahiran dan seumpamanya dapat disatukan melalui
    Aqidah
  • Kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol (Andalusia) telah diasaskan oleh
    Abdul Rahman al-Dakhil. Beliau berjaya membina sebuah kerajaan baharu
    di sana dan diberikan gelaran ‘Saqar Quraisy’ kerana
    kepandaiannya
  • Sebelum kedatangan Islam, negara India telah mempunyai hubungan
    ___ dengan negara-negara Arab.
    perdagangan
  • Sebelum kedatangan Islam, penduduk Nusantara pada asalnya beragama
    Hindu dan memegang kepada kepercayaan ‘Animisme’ yang
    mempercayai
    kuasa ghaib seperti roh yang sudah meninggal
  • Parameswara atau nama Islamnya, Sultan Megat Iskandar Syah, adalah
    seorang raja yang bijak. Semasa pemerintahannya di
    _________________, beliau berjaya meluaskan penyebaran Islam dan
    menjalankan beberapa usaha pembangunan dari aspek politik, ekonomi
    dan sosial.
    Melaka
  • Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai sifat yang sangat mulia dari usianya
    kecil lagi. Nabi mengembala kambing untuk membantu pakciknya.
    Pekerjaan ini memupuk sifat _______________ dalam diri baginda.
    Belas kasihan
  • Semasa baginda berusia enam tahun, ibunya telah membawa Nabi s.a.w.
    ke Madinah untuk
    Melawat kubur bapanya
  • Perkataan “hijrah” berasal dari istilah Arab iaitu “hajara” yang bermaksud
    pindah
  • Setelah berjaya menakluki kota Mekah, Rasulullah s.a.w. telah
    menghapus segala struktur pentadbiran
    Jahililyyah
  • Setelah penaklukan kota Mekah, kawasan di sekitar Kaabah telah
    dikuatkuasakan sebagai
    tanah haram
  • Semua umat Islam bersaudara di bawah kalimah tauhid. Kita wajib
    ________________ bagi mengelakkan permusuhan dan perpecahan.

    menjaga hubungan yang baik antara satu sama lain
  • Pendidikan Islam tidak hanya tertumpu kepada soal kebendaan dan
    keduniaan semata-mata, tetapi ianya merupakan integrasi antara tiga
    unsur iaitu roh, akal dan jasad yang bermaksud pendidikan yang
    membentuk peribadi manusia sehingga membentuk insan yang mengabdi diri kepada Allah s.w.t.
  • Sultan-sultan di Aceh mempunyai azam yang kuat untuk mengembangkan
    kefahaman Islam. Untuk tujuan itu, Istana Aceh dijadikan tempat
    bermulanya
    institusi pengajian ilmu Tafsir dan juga jurusan perubatan,
    kimia, sejarah dan politik
  • Maharaja-maharaja India tidak dipaksa untuk memeluk Islam walaupun
    mereka menetap di bawah pemerintahan Islam. Mereka hanya
    dikehendaki membayar ufti atau jizyah sebagai jaminan keselamatan.
    Perkara ini menunjukkan bahawa
    tiada paksaan dan kekerasan dalam memeluk agama Islam
  • Gerakan reformasi yang terdiri daripada segolongan pelajar Islam muncul
    pada akhir abad ke 19M di tanah Melayu. Mereka membawa perubahan
    yang besar pada masyarakat pada ketika itu di antaranya dengan

    membanteras fahaman salah bahawa ilmu sains
    bertentangan dengan agama Islam
  • Rasulullah s.a.w semenjak muda lagi sudah terkenal dengan ketinggian
    budi pekerti. Baginda tidak pernah mengikut rakan-rakan sebayanya
    dalam aktiviti yang tidak bermanfaat. Contoh perbuatan mulianya sebelum
    menjadi Rasul adalah baginda
    menyelesaikan perebutan meletakkan batu hajar aswad
  • Antara hikmah penghijrahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah yang boleh kita
    fahami adalah 

    perkembangan Islam yang pesat di bumi Madinah
  • Penawanan kota Mekah merupakan antara faktor yang mendorong
    kabilah-kabilah Arab yang dahulunya menolak seruan Islam akhirnya
    mendekatkan diri kepada ajaran Islam. Antara sikap mulia Rasulullah
    s.a.w. semasa pembukaan kota Mekah adalah baginda
    mengumpulkan semua orang Quraisy yang menentang Islam dan memberi keampunan kepada mereka
  • Antara ajaran yang diajar Rasulullah s.a.w adalah hidup bersatu padu dan
    ditegah berpecah belah. Oleh itu sebagai remaja Muslim hendaklah kamu
    memahami bawa kesatuan umat dapat dicapai dengan
    hubungan baik dengan orang lain tidak mengira pangkat dan darjat
  • Pada masa kini, budaya masyarakat Eropah banyak mempengaruhi umat
    Islam di seluruh dunia. Umat Islam yang bijak perlulah

    memilih budaya yang bersesuaian dengan jati diri umat Islam
  • Salah satu dasar utama pemerintahan Dinasti Ching adalah menjaga
    hubungan antara orang Cina bukan Islam dengan orang Islam. Perkara ini
    boleh kita praktikkan dalam kehidupan kita yang berbilang kaum di
    Singapura seperti
    menghormati jiran atau teman yang berlainan agama
  • Agama Jawa atau Kejawen adalah hasil penyatuan ajaran Islam dan
    kepercayaan adat nenek moyang masyarakat di bawah pemerintahan
    kerajaan Pajang di Pulau Jawa satu ketika dulu. Jika kamu berdepan
    dengan situasi ini, kamu perlu
    mendalami ilmu agama dan menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup
  • Semasa Rasulullah s.a.w berumur 12 tahun, Baginda meminta pakciknya
    Abu Talib membawa baginda bersama untuk mengikuti rombongan
    perdagangan ke Syam. Baginda bertujuan untuk membantu pakciknya.
    Sifat Rasulullah s.a.w. ini boleh kamu contohi sebagai remaja Muslim dengan 

    sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja
  • Kaum Quraisy pada awalnya amat menentang usaha dakwah Rasulullah
    s.a.w. dan umat Islam di Mekah. Namun, penduduk Yathrib (Madinah)
    dapat menerima usaha dakwah Rasulullah s.a.w. dan mengadakan
    perjanjian setia dengan baginda melalui perjanjian Aqabah. Peristiwa ini
    mengajar kita untuk
    bersabar apabila melakukan sesuatu perkara
  • Dalam khutbah yang terakhir, Rasulullah s.a.w. telah memberi amanat
    tentang beberapa perkara penting. Antara amanatnya yang wajib kita
    lakukan sebagai Muslim yang taat adalah 

    sentiasa berwaspada dengan syaitan kerana dia tidak akan berputus asa untuk menyesatkan manusia.
  • Kisah perjalanan hidup Nabi s.a.w. dari sebelum baginda dilahirkan sehingga wafat adalah kisah yang menarik. Antaranya ialah sewaktu
    kanak-kanak sehinggalah sebelum berkahwin.
    (a) Nabi s.a.w. diberikan kepada ibu susuan untuk disusukan kerana ia merupakan adat yang diamalkan oleh golongan bangsawan
    Quraisy. Selain dari sebab di atas, berikan tiga sebab lain atau tujuan mengapa bayi diberikan kepada wanita susuan.
    -1. Membentuk akhlak yang baik 2. Kefasihan bertutur
    3. Menguatkan fizikal 4. Menjauhkan dari penyakit
  • Nabi s.a.w. berniaga sejak dari remaja sehinggalah dewasa.
    Nyatakan dua sikap baginda yang membuatkan perniagaannya laris
    -1. Beliau bersikap jujur 2. Amanah
  • Ketika usia yang sangat muda, Nabi s.a.w. telah menyelesaikan
    satu permasalahan yang berlaku antara orang-orang Quraisy, iaitu
    meletakkan Hajar Aswad di tempatnya. Jelaskan bagaimana Nabi
    s.a.w. menyelesaikan masalah tersebut.

    -Dengan meletakkan Hajar Aswad di atas serban/ rida’ dan
    meminta ketua di setiap kabilah untuk memegang setiap bucu dan
    membawanya ke tempat Hajar Aswad dan baginda meletakkannya sendiri
  • Tamadun Islam telah menjadi tauladan bagi masyarakat barat yang mengalami Zaman Kegelapan (dark ages). Maka Islam datang dengan
    membawa agama yang syumul (sempurna dan menyeluruh).
    (a) Berikan sebab mengapa akhlak itu penting untuk menjadikan Islam sebagai agama yang bertamadun

    -1. Menjadi contoh bagi orang yg bukan Islam
    2. Mencerminkan akidah seorang Muslim
    3. Menggantikan nilai-nilai buruk yang mengutamakan kebendaan
    dan kemewahan semata-mata
  • Tamadun Islam dapat dilihat dari beberapa aspek di antaranya adalah dari aspek sistem ekonomi. Nyatakan bagaimana sistem ekonomi yang diajarkan Islam adalah sistem yang terbaik.

    -1. Menjaga kebajikan manusia
    2. Memelihara manusia dari sebarang amalan buruk seperti penipuan dan penindasan
    3. Ekonomi Islam membuat manusia menurut hukum dan peraturan yang ditetapkan untuk mendapat manfaatnya
  • Jelaskan apakah keistimewaan yang ada pada sistem pendidikan Islam?
    Integriiti antara tiga unsur iaitu roh, akal dan jasad sehingga mencapai matlamat mengabdikan diri pada Allah / mengenal Allah
  • Pembukaan Kota Mekah adalah satu kejayaan yang sangat besar bagi umat Islam di mana umat Islam dapat menakluk dan menguasai Mekah.
    (a) Berikan dua pengajaran yang kamu dapat dari kisah pembukaan Kota Mekah.
    -1. Bersabar untuk mendapat kejayaan
    2. Menepati janji
  • Nyatakan satu perkara yang boleh kita lakukan untuk mendekati dan menarik orang yang bukan Islam kepada Islam.
    Menunjukkan contoh / akhlak yang baik
  • Apakah sifat-sifat Nabi s.a.w yang kamu boleh pelajari ketika baginda memasuki Kota Mekah. Berikan tiga darinya.
    -1. Tidak berlagak / tidak angkuh
    2. Rendah diri kepada Allah
    3. Penuh kesyukuran
  • Kerajaan Andalusia telah mencapai kejayaan yang sangat besar dan dibahagikan kepada beberapa aspek. Antaranya ialah aspek ilmu pengetahuan, seni bina, pentadbiran dan pemerintahan.
    (a) Nyatakan bagaimana Sepanyol dapat menerima pemerintahan Islam pada fasa pertama perintahan Andalusia.
    Kerana wujudkan keadilan dan tidak menghalang bangsa Spanyol atau paksa mereka untuk terima Islam mereka diberikan kebebasan beragama
  • Apakah seni Islam yang boleh kita kongsikan untuk menarik masyarakat barat kepada Islam. Tuliskan satu sahaja.
    -Seni tulisan khat Arab/ Quran
    -Seni suara dalam alunan bacaan Quran
  • Dengan kedatangan Islam, maka timbul pula zaman yang di panggil Zaman Cerah atau ‘Renaissance’. Apakah bentuk pembangunan yang berlaku pada zaman ini?
    Pembangunan industry , sains dan juga teknologi
  • Sultan Megat Iskandar Syah adalah seorang raja yang bijak dan berjaya menjalankan beberapa usaha penyebaran Islam di Melaka.
    (a) Berikan tiga contoh kemajuan agama Islam semasa kemuncak zaman perintahan Sultan Megat Iskandar Syah.
    Ekonomi , politik dan sosial
  • Sebelum kedatangan Islam di Melaka, apakah pegangan asal penduduk Melayu di sana?

    Pegangan dengan kepercayaan animisme/ penyembahan / pemujaan alam sekitar
  • Nyatakan dua sebab kejatuhan Melaka.
    -kenaikan cukai kepada pedagang asing / kurang perpaduanantara penduduk tempatan dan pedangan asing
    -perebuhan dan perebutan kuasa takhta kerajaan / kelebihan Portugis dalam kelangkapan perang