IDA202 BAB 3

Cards (72)

  • Islam adalah satu cara hidup yang lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia
  • Islam meliputi segenap sistem pengurusan, politik, kenegaraan, kewangan dan pentadbiran kemanusiaan
  • Untuk melaksanakan cara hidup ini, ia memerlukan satu organisasi masyarakat yang tersusun berdasarkan kepada ajaran yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya
  • Tanggapan salah yang seringkali diperkatakan adalah Islam hanyalah sebuah agama yang berkait tentang soal ibadah dan ketaatan semata
  • Negara
    Suatu wilayah di permukaan bumi yang kekuasaannya baik politik, ketenteraan, ekonomi, sosial mahupun budayanya diatur oleh pemerintahan yang berada di wilayah tersebut
  • Negara
    Suatu wilayah yang memiliki suatu sistem atau aturan yang berlaku bagi semua individu di wilayah tersebut, dan berdiri secara merdeka
  • Negara Islam
    Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya
  • Negara Islam
    Negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim
  • Negara Islam
    Negara yang mengamalkan hukum-hukum Islam dengan nyatanya sekalipun kebanyakan penduduknya terdiri daripada "non-muslim"
  • Negara Islam
    Negara di mana orang Islam memegang tampok pemerintahan
  • Negara Islam diertikan sebagai sebuah organisasi yang terdapat di dalamnya wilayah, penduduk, undang-undang dan kedaulatan yang menjadi teras utama memacu kepada ajaran Islam
  • Negara Islam merujuk kepada sebuah organisasi besar yang diperintah atau dikuasai oleh orang Islam berlandaskan kepada syariat Islam dengan wujudnya jaminan keselamatan, keamanan dan keharmonian sosial terhadap seluruh masyarakat yang bernaung di bawah penguasaannya
  • Asas utama negara Islam
    • Negara yang tunduk dan akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah
    • Tanah air orang Islam adalah sah sebagai negara Islam
    • Negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya
  • Allah SWT: 'Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.'
  • Allah SWT: 'Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.'
  • Tauhid (ke-Esa-an Allah) dan Ukhwah Islamiyah (persaudaraan dalam Islam) adalah dasar negara Islam
  • Tauhid dan Ukhwah Islamiyah yang menjadi dasar Negara Islam, telah menjadikan agama dan negara satu kesatuan yang padu tak terpisahkan
  • Negara bukanlah tujuan terakhir. Negara adalah jalan untuk mencapai tujuan keadilan dan kemakmuran bagi masyarakat
  • Al-Uluhiyyah
    Menjadikan keEsaan dan keagungan Allah sebagai matlamat politik
  • Al-Risalah
    Tanggungjawab politik yang berkesinambungan kepada praktikal para nabi-nabi sebelum ini
  • Al-Khilafah
    Tanggungjawab politik terletak pada manusia yang bergelar khalifah bermula daripada Nabi Adam AS sehinggalah zaman ini
  • Struktur kenegaraan Islam
    • Khalifah
    • Legislatif
    • Jurisdiktif
  • Prinsip negara Islam
    • Syura
    • Keadilan
    • Kebebasan
    • Persamaan
  • Prinsip Syura
    Asas kepada prinsip syura ini ialah firman Allah SWT. yang memerintahkan supaya bermusyawarah dalam perkara yang melibatkan urusan orang-orang Muslim
  • Prinsip Keadilan

    Keadilan mutlak yang digariskan oleh Islam yang mengatasi segala kepentingan pribadi, keluarga, kelompok dan sebagainya, sekalipun terhadap musuh dan terhadap golongan non-muslim
  • Prinsip Kebebasan
    Kebebasan diberikan kepada rakyat yang tunduk dibawah pemerintahan Islam, baik dari golongan Muslim atau bukan Muslim
  • Prinsip Persamaan
    Setiap kaum adalah sama sebagai rakyat di antara satu sama lain dalam hak kebebasan dan tanggungjawab di hadapan undang-undang
  • Hak pemerintah terhadap rakyat
    • Melaksanakan Syariat Islam
    • Menjaga Keselamatan & Keamanan
    • Menunaikan Hak Rakyat
    • Menasihati Rakyat
  • Rasulullah SAW.
    Nabi Muhammad SAW.
  • Rasulullah SAW.: '"Kamu semua dari Adam dan Adam dari tanah, tidak ada perbezaan di antara orang Arab dengan orang bukan Arab kecuali dengan taqwa."'
  • Rasulullah SAW. menegaskan dalam pelaksanaan undang-undang "Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri aku potong tangannya."
  • Hak Pemerintah Terhadap Rakyat
    • Melaksanakan Syariat Islam
    • Menjaga Keselamatan & Keamanan
    • Menunaikan Hak Rakyat
    • Menasihati Rakyat
  • Melaksanakan Syariat Islam
    Menjadi hak dan tanggungjawab pemerintah untuk melaksanakan syariat Islam di dalam pemerintahannya bagi memberi keadilan dan kesaksamaan terhadap rakyat yang dipimpin tanpa mengira apa jua anutan kepercayaan mereka
  • Menjaga Keselamatan & Keamanan
    Keselamatan merupakan tonggak utama bagi merealisasi keharmonian dan keamanan rakyat. Pemerintah wajib mempertahankan keselamatan dan keharmonian rakyatnya meliputi nyawa, harta, kehormatan dan seumpamanya tanpa prejudis kepada mana-mana pihak.
  • Menunaikan Hak Rakyat
    Kebebasan bersuara, pendidikan, menyuarakan pandangan, ekonomi merupakan antara hak rakyat yang perlu dijaga dan dipelihara bagi mewujudkan keharmonian dan keamanan negara
  • Menasihati Rakyat
    Menasihati ke arah kebenaran merupakan hak dan tanggungjawab pemerintah yang sentiasa mahukan kebaikan untuk rakyatnya. Tugas pemerintah adalah memastikan rakyat di bawah naungannya menjadi rakyat yang patuh pada agama dan undang-undang.
  • Hak Rakyat Terhadap Pemerintah
    • Ikhlas dan Doa
    • Penghormatan dan Kemuliaan
    • Patuh Dan Taat
    • Nasihat dan penilaian
  • Ikhlas dan Doa
    Kewajipan yang pertama sekali ke atas rakyat adalah ikhlas kepada para pemerintah, kasihkan mereka dan menginginkan kebaikan kepada mereka serta membenci segala yang memburukkan mereka
  • Penghormatan dan Kemuliaan
    Nabi Muhammad telah mewajibkan ke atas umatnya menghormati dan memuliakan para pemimpin. Pada waktu yang sama Baginda melarang mencaci mereka dan menyebut kekurangan mereka dan kelemahan mereka kerana demikian itu menyebabkan berlakunya kebencian rakyat kepada mereka.
  • Patuh Dan Taat
    Berusahalah mentaati pemimpin zahir dan batin, pada setiap yang diperintahkan dengannya dan yang ditegahnya kecuali yang berupa maksiat.