Ideologi

Cards (24)

  • Relativisme pascamoden
    Reaksi kegagalan modeniti
  • Sejarah perkembangan ideologi moden dan pascamoden
    1. Pertentangan antara golongan cendekiawan dengan teologi Kristian pada era Renaissance
    2. Lahirnya falsafah moden berasaskan faham humanisme
    3. Revolusi sains dalam abad ke-17 dan bermulanya proses sekularisasi
    4. Pemisahan secara total dalam lapangan ilmu pengetahuan dan agama
  • Modeniti
    Konsep yang berasal daripada perkataan Latin modo bermaksud terkini atau sekarang
  • Ideologi moden
    • Logik, rasional dan objektiviti yang berasaskan kepada data empirikal melalui pancaindera dan pengalaman manusia
  • Tokoh falsafah Eropah era pencerahan (enlightenment) pada abad ke-18 mengagungkan pencapaian sains dan kaedah saintifik
  • Mereka percaya bahawa manusia boleh mencapai kemajuan dengan hanya menggunakan akal dan meninggalkan nilai yang berasaskan kepada dogma keagamaan
  • Pascamodenisme
    Fahaman yang mempertikai konsep kebenaran mutlak berasaskan logocentrisme (berpusatkan akal), kaedah saintifik dan objektiviti
  • Pemikiran moden yang menggerakkan modenisasi dan revolusi industri telah menghilangkan hubungan antara manusia, merendahkan martabatnya dan nilai tradisi kemanusiaan
  • Golongan pascamoden mengambil sikap bertentangan dengan sebahagian besar teori pemikiran moden
  • Pascamoden
    Satu gerakan idea yang ingin menggantikan aliran pemikiran moden
  • Pemikiran pascamoden menyemak semula dan memperbaharui paradigma pemikiran moden
  • Pemikiran moden telah membawa kemajuan kepada peradaban manusia tetapi ia juga menghasilkan penindasan dan kezaliman kepada martabat kemanusiaan
  • Aliran pascamoden menentang semua bentuk keyakinan asas bersandarkan kebenaran mutlak ajaran agama sama ada berlandaskan wahyu mahupun akal rasional
  • Ciri-ciri relativisme pascamoden
    • Dekonstruktif
    • Relativisme
    • Pluralisme
    • Tiada kebenaran mutlak
    • Tiada makna dalam kehidupan
    • Kesaksamaan perwakilan
    • Pemikiran tidak ditunjangi dogma agama, adat dan prinsip moral
    • Campuran pelbagai nilai, budaya dan keyakinan
    • Media massa baharu sebagai penentu kebenaran dan kesalahan perilaku manusia
    • Budaya konsumerisme
  • Pemikiran yang berbentuk relatif dan tidak diikat dengan satu sistem pemikiran yang kukuh (berlandaskan wahyu dan akal rasional) akan memberi kesan negatif terhadap epistemologi dan aksiologi yang memandu manusia untuk berfikir dan bertindak
  • Implikasi dan cabaran relativisme pascamoden
    • Kepercayaan dan amalan beragama
    • Krisis nilai dan etika dalam kehidupan
    • Kemunculan gerakan hak asasi dalam memperjuangkan kelompok minoriti dan devian
    • Kerapuhan sistem kekeluargaan
    • Sistem ekonomi konsumerisme
    • Perubahan struktur sosial dan masyarakat
    • Penghasilan produk hiburan yang tidak mementingkan makna dan tujuan
  • Kegagalan asas tamadun Barat sama ada dalam konteks aliran pemikiran moden atau pascamoden ialah kecelaruan binaan epistemology, ontology dan aksiologi dalam memahami makna kebenaran dan kebahagiaan hidup
  • Golongan pascamodenis menolak peranan agama dalam menentukan tujuan kehidupan
  • Asas pembinaan falsafah moden yang berteraskan kebenaran akal dan faham positivisme hanya berupaya menyelesaikan masalah fizikal bukannya unsur spiritual secara seimbang dan sepadu
  • Ideologi pascamoden yang berpegang kepada relativisme dan menolak ajaran agama mencetuskan kecelaruan dan tidak mampu memberi penyelesaian
  • Penyelesaian menurut Uthman el-Muhammady
    • Manusia memerlukan kerangka berfikir berasaskan epistemologi, ontologi dan aksiologi Islam
    • Kesilapan dan kepalsuan serta kekeliruan aliran pemikiran pascamodenisme perlu didedahkan berasaskan pandang alam Islam
    • Pembinaan identiti negara bangsa kekal berteraskan budaya Melayu dan Islam serta budaya etnik lain
    • Keutuhan identiti negara bangsa ini bermula daripada kepimpinan tertinggi sehingga akar umbi dan melibatkan sistem sosial, ekonomi dan politik
  • Aliran pemikiran pascamoden berakar umbi daripada penentangan golongan intelek Barat terhadap kekuasaan gereja dan kelangsungan fahaman sekular moden
  • Aliran pemikiran ini bertentangan pula dengan aliran pemikiran moden dari aspek epistemologi dan aksiologi
  • Aliran pemikiran ini menjadi satu ancaman kepada kesejahteraan peradaban manusia