sejarah

Subdecks (4)

Cards (205)

  • Alam Melayu
    Gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia
  • Istilah lain bagi Alam Melayu
    • Kepulauan Melayu
    • Dunia Melayu
  • Pentas Sunda
    Gugusan tanah luas terbentang yang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan
  • Kawasan di Pentas Sunda mempunyai ciri fizikal dan hidupan yang sama
  • Definisi Alam Melayu menurut pakar
    • Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan)
    • Alfred Russel Wallace (Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea)
    • Profesor Dr. Ding Choo Ming (Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina)
  • Bahasa Melayu
    Tergolong dalam bahasa Austronesia yang merupakan antara 200 bahasa yang dipertuturkan di Alam Melayu
  • Bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi
  • Perbandingan kata bilangan dalam bahasa serumpun

    • Bahasa Melayu (Malaysia): Empat, Lima
    • Bahasa Jawa (Indonesia): Papat, Limo
    • Bahasa Melayu (Brunei): Ampat, Lima
    • Tagalog (Filipina): Apat, Lima
    • Melanau (Sibu, Sarawak): Pat, Limah
    • Kadazandusun (Sabah): Apat, Limo
  • Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal Masihi lagi
  • Sifat bahasa Melayu
    Sederhana dan mudah dipelajari
  • Sifat orang Melayu yang gemar belayar telah mengembangkan lagi bahasa Melayu ke Alam Melayu
  • Sejak awal lagi, budaya di Alam Melayu telah berkembang maju dengan munculnya beberapa kepandaian tertentu dalam bidang kesenian
  • Kepandaian yang muncul di Alam Melayu
    • Pembuatan gangsa
    • Seni mempertahankan diri
  • Nilai-nilai serumpun wujud dalam masyarakat Alam Melayu terutamanya gotong-royong
  • Dalam aspek seni persembahan, muncul wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa
  • Kerajaan di Alam Melayu
    • Kerajaan Funan
    • Kerajaan Champa
    • Kerajaan Srivijaya
    • Kerajaan Angkor
    • Kerajaan Majapahit
    • Kerajaan Kedah Tua
    • Kerajaan Gangga Nagara
  • Kerajaan Funan terletak di Lembah Sungai Mekong pada Abad Pertama dengan pusat kerajaan di Vyadhapura
  • Kerajaan Champa terletak di selatan dan tengah Vietnam pada Abad Kedua dengan pusat kerajaan di Indrapura
  • Kerajaan Srivijaya terletak di Lembah Sungai Musi, Sumatera pada Abad Ketujuh dengan pusat kerajaan di Palembang
  • Kerajaan Angkor terletak di Lembah Sungai Mekong pada Abad Kesembilan dengan pusat kerajaan di Hariharalaya
  • Kerajaan Majapahit terletak di Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur pada Abad Ke-13 dengan pusat kerajaan di Kota Trowulan
  • Kerajaan Kedah Tua terletak di Sungai Mas dan Sungai Bujang pada Abad Kelima dengan pusat kerajaan di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang
  • Kerajaan Gangga Nagara terletak di pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu pada Abad Keenam dengan pusat kerajaan di Pangkalan