Saiz: Berukuran antara 0.2µm-10µm
Bentuk: Kokus (sfera), Pilin (spirilum), Rod (basilus), Koma (vibrio)
Struktur asas: Mempunyai dinding sel yang teguh, sesetengah mempunyai kapsul dan rerambut halus (pili), sesetengah mempunyai ekor (flagellum)
Nutrisi: Autotrof (membuat makanan sendiri), Saprofit (memperolehi nutrient daripada organisma yang telah mati), Parasit (memperolehi nutrient daripada organisma hidup / perumahnya)
Habitat: Udara, air, tanah, bahan reput
Cara pembiakan: Aseks (belahan dedua) dan Seks (konjugasi)
Ciri istimewa: Endospora (spora yang terbentuk dalam sel bakteria dan mempunyai permukaan perlindungan yang kuat)