BAB 3.2: LOKASI ZAMAN PRASEJARAH DI DUNIA

Cards (18)

    • Kewujudan lokasi prasejarah diketahui melalui penemuan tinggalan manusia sama ada artifak atau ekofak.
    • Lokasi prasejarah ini wujud di dua kawasan, iaitu di kawasan terdedah seperti di lembah sungai dan di kawasan tertutup seperti di dalam gua.
    • Selain itu, lokasi prasejarah boleh ditentukan sama ada wujud di darat atau di dalam air.
    • Fungsi lokasi dan tapak ini pula terbahagi kepada tapak petempatan, perkuburan, bandar, kawasan perburuan atau pembuatan alatan batu.
  • Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia:
    A) Altamira
    B) Gua Chauvet
    C) Catal Huyuk
    D) Gobekli Tepe
    E) Bhimbetka
    F) Shahr-i-Sokhta
    G) Zhoukoudian
    H) Stonehenge
  • Gua Chauvet, Perancis
    • Diduduki oleh manusia antara 30000 SM hingga 27000 SM.
    • Lukisan gua ini membuktikan manusia memburu binatang.
  • Altamira, Sepanyol
    • Diduduki oleh manusia antara 35000 SM hingga 11000 SM.
    • Lukisan gua di dalamnya membuktikan kewujudan manusia Zaman Mesolitik.
  • Stonehenge, Britian
    • Dibina antara 3700 SM hingga 1600 SM.
    • Dikaitkan dengan upacara ritual dan tempat mengkaji bintang.
  • Bhimbetka, India
    • Berusia 30000 SM
    • Menunjukkan kehidupan manusia prasejarah di India.
  • Zhoukoudian, China
    • Berusia antara 18000 SM hingga 11000 SM
    • Ditemukan rangka manusia Peking Man.
  • Shahr-i-Sokhta, Iran
    • Berusia antara 3200 SM hingga 1800 SM
    • Menunjukkan kehidupan masyarakat tersusun kerana mempunyai kawasan perumahan, perkuburan dan kawasan pembuatan barangan harian.
  • Gobekli Tepe, Turki
    • Diduduki oleh manusia pada 12000 SM.
    • Binaan batu di tapak ini berkaitan dengan upacara ritual.
  • Catal Huyuk, Turki
    • Diduduki oleh manusia antara 7100 SM hingga 600 SM.
    • Menjalankan aktiviti pertanian, terutamanya penanaman barli dan gandum.
  • Ekofak ialah bukti tinggalan data arkeologi yang menjadi petunjuk wujudnya kegiatan budaya manusia di sesuatu kawasan seperti bekas pembakaran, debunga tumbuhan, sisa kerang, arang dan tulang binatang.
  • Lokasi Zaman Prasejarah di Asia Tenggara:
    A) Ban Chiang
    B) Lenggong
    C) Gua Liang Bua, Pulau Flores
    D) Gua Tabon
    E) Sa Hyun
    F) Gua Padah-lin
  • Ban Chiang, Thailand
    • Zaman Neolitik dan Zaman Logam
    • Berusia antara 3600 SM hingga 500 SM
    • Manusia di sini menjalankan aktiviti pertanian, pembuatan logam, tekstil, tembikar tanah dan kegiatan menternak binatang.
  • Lenggong, Malaysia
    • Zaman Paleolitik, Zaman Hoabinhian dan Zaman Neolitik.
    • Rangka manusia Perak Man berusias antara 11000 SM hingga 10000 SM ditemu.
  • Gua Liang Bua, Pulau Flores, Indonesia
    • Flores Man atau Homo floresiensis yang berusia 94000 SM hingga 12000 SM ditemu.
    • Zaman Paleolitik hingga Zaman Logam.
  • Gua Padah-Lin, Myanmar
    • Diduduki manusia antara 13000 SM hingga 11000 SM.
  • Sa Hyun, Vietnam
    • Berusia antara 1000 SM hingga 200 M.
    • Aktiviti utama ialah pembuatan tembikar.
    • Tapak Zaman Besi yang paling menonjol.
  • Gua Tabon, FIlipina
    • Berusia 47000 SM.
    • Rangka manusianya berusia antara 22000 hingga 24000 tahun dahulu.