Berkembang maju sebagai pusat perdagangan dan keagamaan yang tersohor
Pandangan sarjana tentang Alam Melayu
Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Pendeta (Dr) Ismail Hussein
Alfred Russel Wallace
Profesor Dr. Ding Choo Ming
Abdul hadi haji hassan
Profesor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, ahli arkeologi, menyatakan Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan
Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Pendeta (Dr) Ismail Hussein,ahli bahasa dan Kebudayaan, menyatakan Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina
Alfred Russel Wallace, sarjana Barat, menyatakan Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan kepulauan Nicobar, Filipina dan kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea
Profesor Dr. Ding Choo Ming menyatakan Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina
Abdul hadi haji hassan,ahli akademik, menyatakan Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi kepulauan Melayu hingga selatan Thailand
Tokoh bahasa
Profesor Emeritus Dato' Dr.Asmah Haji Omar
Sutan Takdir Alisjahbana
Kerajaan di Alam Melayu
Funan
Champa
Srivijaya
Angkor
Majapahit
Kedah Tua
Gangga Nagara
Kerajaan Funan
Lokasi: Lembah Sungai Mekong, Masa: Abad Pertama, Pusat Kerajaan: Vyadhapura
Kerajaan Srivijaya
Lokasi: Lembah Sungai Musi, Sumatera, Masa: Abad Ketujuh, Pusat Kerajaan: Palembang
Kerajaan Champa
Lokasi: Selatan dan tengah Vietnam, Masa: Abad Kedua, Pusat Kerajaan: Indrapura
Kerajaan Angkor
Lokasi: Lembah Sungai Mekong, Masa: Abad Kesembilan, Pusat Kerajaan: Hariharalaya
Kerajaan Majapahit
Lokasi: Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur, Masa: Abad ke-13, Pusat Kerajaan: Kota Trowulan
Kerajaan Gangga Nagara
Lokasi: Pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu, Masa: Abad Keenam, Pusat Kerajaan: Pangkalan
Kerajaan Kedah Tua
Lokasi: Sungai Mas dan Sungai Bujang, Masa: Abad Kelima, Pusat Kerajaan: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang
Kerajaan Funan diasaskan oleh seorang Brahmin bernama Kaundhinya yang berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di sungai Mekong dan membentuk kerajaan Funan
Kerajaan Funan masyhur ketika pemerintahan Fan Shih-man, meluaskan empayar Funan ke sungai Mekong hingga Teluk camranh di sebelah timur, kemudian ke Selatan Myanmar dan Segenting Kra, menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat
Abad ke-3 Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu
Raja Funan terakhir ialah Rudravarman
Kerajaan Champa diasaskan oleh Chu-Lien pada tahun 192 M, berpusat di Indrapura dan sering berhadapan dengan serangan dari Dai Viet
Kerajaan Champa masyhur ketika pemerintahan Che Bong Nga, meluaskan emapayar Champa ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah, berjaya membunuh pemerintah Dai Viet bernama Raja Tran Due Tong dan mendapat pengiktirafan daripada Dinasti Ming pada tahun 1369
Kerajaan Srivijaya diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun683 M di Palembang, mengukuhkan Kerajaan Srivijaya dengan menakluk kawasan sekitarnya seperti Bangka
Kerajaan Srivijaya masyhur ketika pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad ke-8, berjaya menakluk Selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra, menguasai jalan laut antarabangsa, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda, menjadi kuasa perdagangan utama di Alam melayu dan pusat pengajian agama Buddha
Kerajaan Angkor masyhur dibawah pemerintahan Suryavarman II dengan meluaskan Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar, berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai viet, mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dan pedagang luar
Kerajaan Angkor diteruskan oleh Jayavarman VII dengan meluaskan Angkor hingga sempadan Annam, membina Angkot Thom dan mendirikan 102 buah hospital
Selepas kematian Jayavarman VII, Angkor mula lemah dan serangan siam pada 1594 melemahkan kerajaan Angkor
Kerajaan Majapahit diasaskan oleh raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1294, berpusat di Kota Trowulan
Kemasyhuran Majapahit bermula dengan perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri oleh pemerintahan Tribuana Tunggadewi, Patih Gajah Mada berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan kerajaan Majapahit, meluaskan tanah jajahan ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi, dan Kepulauan Maluku
Pada abad ke-14 Majapahit sebagai pusat perdagangan, kematian Patih Gajah mada dan serangan kerajaan demak pada tahun 1478 telah menyebabkan kerajaan Majapahit menjadi lemah
Kerajaan Kedah Tua bermula dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di Sungai Mas, berpusat di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang, dikukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang dari China, India dan Arab-Parsi
Kerajaan Kedah Tua dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang, menjadi pusat keagamaan agama Buddha, menyebabkan Kerajaan Srivijaya menguasai Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua mengalami perubahan pemerintahan pada abad ke-7 ketika munculnya pengasasan kesultanan Kedah yangmemulakan kerajaan baharu
Kerajaan Gangga Nagara muncul abad ke-6, berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad ke-5, diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna, berpusat di Pangkalan
Kerajaan Gangga Nagara masyhur pada abad ke-9, mempunyai kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah, berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan Srivijaya pada tahun 850 M
Kerajaan Gangga Nagara lemah diserang oleh tentera Chola dari India pada tahun 1025, memusnahkan pelabuhan Gangga Nagara
Kedudukan Alam Melayu yang strategik di laluan perdagangan timur dan barat serta kekayaan hasil bumi
Hubungan dengan kerajaan luar mendorong penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam