Dekolonisasi

Cards (27)

  • Dekolonisasi
    Proses membebaskan sesuatu wilayah daripada kuasa penjajah (penyahjajahan)
  • Kolonisasi
    Proses atau keadaan iaitu sistem kuasa berpusat mendominasi tanah jajahan baharu yang berada di kawasan sekitarnya
  • Definisi dekolonisasi
    • Pengunduran kuasa penjajah dari tanah jajahan dan pemerolehan pembebasan dan kemerdekaan politik dan ekonomi oleh penduduk di tanah jajahan
    • Suatu proses iaitu kuasa penjajah menyerahkan dominasi institusi dan perundangan di tanah jajahan mereka kepada penduduk asal yang menjadi pemerintah negara bangsa secara rasmi
    • Proses jangka panjang yang melibatkan pelupusan kuasa penjajah dalam aspek birokrasi, budaya, bahasa dan psikologi
  • Dekolonisasi dahulu difahami sebagai proses penyerahan instrumen kerajaan secara rasmi kepada penduduk asal
  • Pada masa kini, dekolonisasi dimaksudkan sebagai suatu proses jangka panjang yang melibatkan pelupusan kuasa penjajah dalam aspek birokrasi, budaya, bahasa dan psikologi
  • Sarjana yang membincangkan dekolonisasi
    • Albert Hourani
    • Syed Hussein Alatas
    • Ali Shariati
    • Edward Said
  • Fokus utama sarjana adalah mempromosikan dekolonisasi intelektual daripada segala pakej intelektual yang diimport dari Barat
  • Orientalisme
    Penjajahan intelektual
  • Intelektual tanpa rumah
    Minda tertawan
  • Gelombang utama kemunculan dan perkembangan dekolonisasi
    • Dekolonisasi Dunia Baharu
    • Dekolonisasi Dunia Lama
    • Dekolonisasi Dunia Ketiga
  • Dekolonisasi Dunia Baharu
    1. Bermula di Amerika tahun 1776 dengan tercetusnya penentangan penduduk Amerika Utara terhadap penjajahan British
    2. Pemberontakan Hamba tahun 1791 di Saint-Domingue, tanah jajahan Peranchis yang membawa kepada pembentukan Haiti sebagai negara bebas pada 1 Januari 1804
    3. Siri perjuangan kemerdekaan melalui peperangan melawan penjajah Sepanyol dan Portugal
  • Dekolonisasi Dunia Lama
    1. Tercetus dengan berlakunya Perang Dunia Pertama
    2. Kejatuhan Empayar Tsar di Rusia pada 1917 membuka jalan kepada Revolusi Bolshevik yang akhirnya membentuk Union of Soviet Socialist Republics (USSR) pada 29 Disember 1922
    3. Kejatuhan empayar Turki Uthmaniah tahun 1922 dan membawa kemerdekaan negara taklukan seperti Romania dan Bulgaria
  • Dekolonisasi Dunia Ketiga
    1. Kemerdekaan tanah jajahan British seperti India, Pakistan, Sri Lanka dan Burma di Asia Selatan dan Filipina di Asia Tenggara
    2. Awal 1950-an berakhir 1960-an. Penjajahan Eropah berakhir di Asia (kecuali Hong Kong), Afrika Utara dan sebahagian besar Caribbean
    3. Dekad 1970-an, kejatuhan kolonial Portugal di Afrika dan Timor Timur
    4. Kejatuhan blok komunis Kesatuan Soviet pada 1990 dan muncul Orde Baharu Dunia (New World Order)
  • Terbentuk negara bangsa (nation state) baharu bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), pemikiran dan kajian pascakolonial (postcolonial studies) mula muncul secara tersusun selepas berakhir Perang Dingin dan globalisasi ekonomi pada dekad 1990-an
  • Pemikiran dan kajian pascakolonial mengangkat idea bahawa dominasi epistemologi dan pemikiran Barat dicabar melalui wacana ilmiah hasil daripada pengalaman luas masyarakat tempatan semasa era penjajahan
  • Usaha ini telah dikemukakan lebih awal oleh Mohandas Gandhi dan Rabindranath Tagore yang mengkritik tamadun Barat sebagai terlalu materialistik
  • Penulis dari Kenya, Ngugi wa Thiong'o menyeru masyarakat tempatan menolak budaya dan nilai barat melalui karya beliau Decolonising the Mind tahun 1981
  • Pembebasan psikologi masyarakat tempatan bergantung sepenuhnya kepada penolakan mereka terhadap apa sahaja yang dianggap superior daripada Barat
  • Faktor-faktor kemunculan dekolonisasi
    • Perang Dunia Kedua di peringkat global di antara empayar dan kuasa besar dunia
    • Amerika Syarikat dan Soviet Union yang merupakan kuasa besar baharu selepas Perang Dunia Kedua menentang idea kolonialisme Eropah
    • Mobilisasi gerakan pembebasan dan kemerdekaan yang muncul di wilayah jajahan kuasa besar tidak dapat dibendung
  • Dampak dekolonisasi kepada kehidupan
    • Sistem politik dan ekonomi
    • Sistem sosial
    • Sistem Pendidikan
  • Sistem politik demokrasi
    Berkaitan dengan kebebasan bersuara, bebas memilih, sistem pilihan raya, hak asasi manusia
  • Sistem ekonomi kapitalis dan perdagangan terbuka
    Menjadi amalan kebanyakan negara membangun bagi memacu perkembangan ekonomi
  • Sistem sosial pascakolonial
    Berpusatkan nilai masyarakat setempat (local value-based centric)<|>Rakyat menjadi utama (main stakeholder) dalam sistem sosial pascakolonial dan pembangunan sosial dijadikan agenda utama pembangunan negara
  • Sistem Pendidikan pascakolonial
    Masih lagi berkiblatkan kerangka dan paradigma Barat<|>Pelbagai bentuk gerakan intelektual telah dan sedang diperjuangkan bagi mengembalikan sistem pendidikan ke landasan epistemologi bertuhan melalui islamisasi dan penerapan peradaban timur terhadap ilmu serta integrasi ilmu<|>Cabaran dekolonisasi sistem pendidikan merupakan agenda jangka panjang yang perlu disusun secara kolektif, bersepadu dan terancang
  • Kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap kesan sistem pendidikan acuan barat yang bukan menghasilkan insan tetapi menghasilkan manusia tanpa roh untuk tujuan aktiviti ekonomi kapitalis global
  • Proses dekolonisasi harus berlaku secara holistik dan komprehensif kerana kolonisasi telah mempengaruhi aspek fizikal, pemikiran, budaya, nilai dan tatasusila tempatan
  • Dekolonisasi pemikiran dan intelektual hanya akan berlaku jika kemahiran berfikir secara falsafah dibentuk, dibina dan dipergiatkan serta diperjuangkan dalam kalangan komuniti akademik termasuk para pelajar di institusi pengajian tinggi