4.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Cards (10)

  • Agama merupakan suatu sistem berkaitan anutan, keimanan dan penyembahan terhadap tuhan.
  • Kepercayaan merupakan pegangan yang diyakini dapat menjadi panduan dalam kehidupan
  • Kepercayaan awal masyarakat kerajaan Alam Melayu ialah animisme dan dinamisme.
  • Animisme
    • kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat
    • berkait rapat dengan kepercayaan terhadap makhluk halus dan penyembahan kepada roh nenek moyang yang telah meninggal dunia yang dipanggil hyang
    • Penyembahan roh nenek moyang penting untuk memastikan keluarga yang masih hidup mendapat kebaikan atau menghindar kesusahan di dunia
  • Dinamisme
    • berkait rapat dengan kepercayaan terhadap kekuatan yang juga dikenali sebagai mana atau semangat
    • setiap benda atau makhluk dianggap mempunyai mana yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang
    • CONTOH: upacara pemujaan semangat tanaman dilakukan agar mendapat hasil tanaman yang subur dan banyak
  • Agama Hindu dan Buddha tersebar sebelum Masihi lalu mempengaruhi kehidupan masyarakat Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit, Kedah Tua dan Gangga Nagara
  • Agama Islam pula tiba di Alam Melayu mulai abad ketujuh
  • Agama Islam seterusnya tersebar dan diamalkan dalam kerajaan Melayu seperti Champa, Majapahit, Kedah dan Pasai
  • Beberapa aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti sistem pemerintahan, bahasa, persuratan dan seni bina yang mendapat pengaruh budaya Hindu dan Buddha masih diamalkan dan disesuaikan dengan agama Islam
  • Agama Hindu, Buddha dan Islam tersebar ke Alam Melayu lazimnya berkait rapat dengan peranan mubaligh, pemerintah dan perkembangan perdagangan antarabangsa