Sains Sukan

Cards (140)

  • Kecergasan menyeluruh
    Integrasi komponen-komponen fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani
  • Kecergasan fizikal
    Keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan
  • Komponen kecergasan fizikal
    • Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
    • Kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor
  • Komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
    • Daya tahan kardiovaskular
    • Daya tahan otot
    • Kekuatan otot
    • Fleksibiliti
    • Komposisi badan
  • Komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor
    • Kepantasan
    • Ketangkasan
    • Koordinasi
    • Kuasa
    • Imbangan
    • Masa reaksi
  • Aktiviti memanaskan badan
    • Memanaskan badan secara aktif
    • Memanaskan badan secara pasif
  • Memanaskan badan secara aktif
    Lakuan senaman pada kadar lakuan yang rendah (intensiti rendah) untuk meningkatkan suhu badan dan tisu badan serta fungsi fisiologi badan sebagai persediaan melakukan aktiviti fizikal
  • Tiga komponen pemanasan badan
    • Pemanasan badan
    • Aktiviti gerakerja/kemahiran
    • Gerak kendur
  • Kepentingan pemanasan badan
    • Menyediakan badan bagi aktiviti yang lebih mencabar
    • Meningkatkan suhu badan
    • Mengurangkan ketegangan otot yang terlibat untuk melakukan pergerakan
    • Mengurangkan risiko kecederaan
    • Otot-otot dapat menerima jumlah isipadu darah yang banyak dan mencukupi untuk melakukan aktiviti yang lebih lasak
    • Dapat memberikan fokus lebih awal
    • Mengurangkan asid laktik
    • Meningkatkan keyakinan diri
  • Kepentingan menyejukkan badan
    • Menggalakkan kembalinya darah daripada tangan dan kaki ke organ-organ yang memerlukannya seperti otak
    • Mengurangkan pengumpulan asid laktik di otot-otot
    • Memulihkan kadar pernafasan kepada tahap normal
    • Memulih badan balik kepada keadaan sebelum latihan
  • Kepentingan latihan fizikal
    • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
    • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok
    • Meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh
    • Mengurangkan paras gula dalam tubuh
    • Penampilan personaliti yang baik
    • Meningkatkan kualiti hidup
  • Kekuatan otot
    Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya(kerja)
  • Kepentingan Kekuatan Otot
    • Otot-otot yang digunakan membesar dan bertambah kuat
    • Memperlahankan tahap kelesuan pada otot
    • Bentuk badan kelihatan lebih menarik
  • Mod senaman kekuatan otot
    1. Intensiti tinggi
    2. Ulangan rendah
  • Ujian kekuatan otot
    • Grip tangan
    • Bangkit tubi pelbagai tahap (amali)
    • Leg press
    • Lompat Sarjan
  • Fleksibiliti
    Julat pergerakan sendi yang maksimum
  • Senaman untuk meningkatkan fleksibiliti
    • Regangan Dinamik
    • Regangan Balistik (gymnastik)
    • Regangan Statik
    • Regangan Isometrik
    • Regangan Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF)
  • Ujian fleksibiliti
    • Ujian Jangkauan Melunjur
  • Faktor yang mempengaruhi fleksibiliti
    • Jantina
    • Umur
    • Penglibatan dalam aktiviti fizikal (latihan kecergasan)
  • Kepentingan fleksibiliti
    • Postur baik
    • Keberkesanan lakuan aktiviti harian
    • Elak kesakitan/kecederaan (bahagian belakang badan)
    • Mengurangkan kesan umur pada sendi (joint deterioration)
  • Regangan Dinamik
    Menggunakan momentum yang sederhana dan jarak pergerakan hampir penuh
    Mengurangkan keketatan otot yang merupakan salah salah faktor peningkatan kecederaan musculotendinous
  • Kelebihan regangan dinamik
    • Mengurangkan keketatan otot
    • Mengurangkan rasa sakit otot
    • Sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum latihan
    • Persediaan untuk pertandingan
  • Regangan Balistik
    Memaksa meningkatkan jarak pergerakan otot dengan menggunakan momentum<|>Tidak membolehkan regangan otot berehat dan membuat penyesuaian
  • Contoh regangan balistik
    • Membongkokkan badan dan mencecah tangan ke kaki dengan cara bouncing
  • Regangan Statik
    Terdapat dua jenis iaitu regangan statik pasif dan regangan statik aktif
  • Contoh regangan statik pasif
    • Meregangkan hamstring di mana anda meletakkan kaki anda di kerusi
  • Regangan Isometrik
    Hampir sama seperti regangan PNF, dilakukan dengan permukaan tidak bergerak atau objek
  • Contoh regangan isometrik
    • Menolak dinding
  • Regangan Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF)
    Regangan yang paling baik untuk meningkatkan jarak pergerakan otot, menggunakan bantuan kawan
  • Daya tahan kardiovaskular
    Keupayaan sistem kardio respiratori untuk membekalkan oksigen ke otot-otot bagi melakukan kerja bagi satu jangkamasa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana
  • FITT(Daya Tahan Kardiovaskular)
    Intensiti rendah dan jangka masa panjang
  • Ujian untuk menilai daya tahan kardiovaskular
    • Larian 2.4km
    • Larian 12 minit Cooper
    • Bleep test
  • Daya tahan otot
    Keupayaan otot atau kumpulan otot untuk menguncup berulang kali dalam jangka masa yang panjang tanpa cepat berasa lesu
  • Kepentingan daya tahan otot
    • Dapat bekerja dengan konsisten dan efiesien
    • Otot akan mengalami hipertrofi hasil daripada penambahan fiber otot
    • Peningkatan perawakan diri dan keyakinan individu
    • Peningkatan kekuatan tisu penyambung, tendon dan ligamen
    • Dapat melakukan aktiviti harian dengan baik
    • Mampu melakukan aktiviti secara berpanjangan dan berulang-ulang
    • Dapat mengurangkan risiko kecederaan atau kemalangan semasa melakukan aktiviti
  • FITT(Daya Tahan Otot)
    Intensiti rendah dan ulangan tinggi
  • Jenis senaman untuk meningkatkan daya tahan otot
    • Tekan Tubi
    • Bangkit Tubi
    • Bicep Curl
    • Leg Feksi
    • Burpee
  • Ujian untuk menilai daya tahan otot
    • Tekan Tubi 1 minit
    • Bangkit Tubi 1 minit
  • Komposisi badan
    Kadar peratusan relatif lemak berbanding dengan otot, tulang dan tisu- tisu lain yang membentuk tubuh
  • Kaedah pengukuran komposisi badan
    Mengukur ketebalan lipatan kulit menggunakan angkup kaliper
  • Bateri ujian bagi komposisi badan
    • Indeks Jisim Tubuh (BMI)
    • Ukur lilit perut
    • Nisbah pinggang-pinggul
    • Ukuran lipatan kulit