geografi

Subdecks (9)

Cards (335)

  • Skala
    Nisbah antara jarak pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi
  • Jarak
    Ukuran dekat atau jauh di antara dua tempat
  • Jenis skala
    • Skala penyata
    • Skala lurus
    • Skala wakilan
  • Skala penyata
    Skala yang dinyatakan dalam perkataan, contoh: 1 cm mewakili 1 km
  • Skala lurus
    Skala linear atau skala garisan, dilukis dalam satu garisan dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya, terbahagi kepada skala lurus mudah dan skala lurus penuh
  • Skala wakilan
    Skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan, contoh: 1:50,000 bermakna 1 unit peta mewakili 50,000 unit di permukaan bumi
  • Jenis jarak
    • Jarak mutlak
    • Jarak relatif
  • Jarak mutlak

    Jarak tetap dan tidak berubah
  • Jarak relatif
    Jarak yang tetap dan tidak berubah-ubah mengikut cara perjalanan
  • Mengukur jarak sebenar dengan skala penyata

    1. Tandakan X di rumah dan sekolah
    2. Lukis garisan lurus menyambungkan kedua-dua tanda X
    3. Letakkan pembaris pada garisan dan ukur jaraknya
    4. Kira jarak sebenar dengan menggunakan skala peta
  • Mengukur jarak lurus dengan skala lurus
    1. Tandakan X pada simpang tiga
    2. Letakkan jangka tolok pada kedua-dua tanda X
    3. Pindahkan jangka tolok ke atas skala lurus peta dan lihat ukurannya
    4. Kira jarak sebenar dengan menggunakan skala peta
  • Mengukur jarak melengkung dengan skala wakilan

    1. Kenal pasti lokasi yang hendak diukur
    2. Letakkan benang mengikut lengkungan dan tandakan titik
    3. Rentangkan benang di atas pembaris dan ukur jaraknya
    4. Kira jarak sebenar dengan menggunakan skala peta
  • Jarak tempat-tempat di atas peta boleh ditukarkan kepada jarak sebenar di permukaan bumi dengan berpandukan skala pada peta
  • Skala
    Skala ini dinyatakan dalam perkataan. Sebagai contoh, 1 cm mewakili 1 km. Bermakna sebarang jarak sepanjang 1 sentimeter pada peta mewakili 1 kilometer di permukaan bumi.
  • Skala Lurus
    • Skala ini dikenal sebagai skala linear atau skala garisan. Dilukis dalam satu garisan dan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya. Terbahagi kepada dua iaitu skala lurus mudah dan skala lurus penuh.
  • Skala Wakilan
    Skala ini dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan. Sebagai contoh, 1: 50 000 disebut 1 nisbah 50 000. Bermakna angka 1 merupakan unit asas peta manakala angka selepasnya merupakan unit di permukaan bumi.
  • Jarak
    Ukuran jauh antara satu tempat dengan satu tempat yang lain
  • Jenis jarak
    • Jarak Mutlak
    • Jarak Relatif
  • Jarak di antara rumah Amsyar ke sekolah ialah 2 kilometer
  • Jarak berdasarkan cara perjalanan Amsyar
    • Berjalan kaki: 30 minit
    • Menunggang basikal: 20 minit
    • Menaiki bas: 6 minit
  • Mengukur jarak sebenar dengan menggunakan skala penyata
    1. Tandakan X di rumah Emy dan X di sekolah
    2. Lukis satu garisan lurus yang menyambungkan kedua-dua tanda X tersebut
    3. Letakkan pembaris pada garisan yang telah dilukis dan ukur jaraknya
  • Jarak di antara rumah Emy dengan sekolah ialah 4 km
  • Skala peta ialah 1 cm mewakili 1 km
  • Jarak sebenar di antara rumah Emy dengan sekolah ialah 4 x 1 km = 4 km
  • Mengukur jarak lurus menggunakan skala lurus
    1. Tandakan X pada simpang tiga Kampung Rakit dan simpang tiga Kampung Papan
    2. Letakkan kedua-dua hujung jangka tolok pada kedua-dua tanda X tersebut
    3. Pindahkan jangka tolok ke atas skala lurus peta dan lihat ukurannya
  • Jarak di antara Kampung Rakit dengan Kampung Papan ialah 4 km
  • Skala peta ialah 1 mewakili 2 km
  • Jarak sebenar di antara Kapung Rakit dengan Kampung Papan ialah 4 x 2 km = 8 km
  • Mengukur jarak melengkung menggunakan pecahan wakilan

    1. Kenal pasti lokasi yang hendak diukur iaitu dari titik X ke titik Y
    2. Letakkan benang di titik X dan tandakan benang tersebut. Letakkan benang mengikut lengkungan sungai dari titik X ke titik Y. Tandakan titik Y
    3. Rentangkan benang di atas pembaris dan ukur jaraknya
  • Jarak dari titik X ke titik Y ialah 5 cm
  • Skala peta ialah 1: 100 000, bermakna 1 cm mewakili 1 km
  • Jarak sebenar Sungai Kilim dari titik X ke titik Y ialah 5 x 1 km = 5 km
  • Mengukur jarak sebenar berpandukan skala pada peta
    1. Jarak tempat-tempat di atas peta boleh ditukarkan kepada jarak sebenar di permukaan bumi dengan berpandukan skala pada peta
    2. Dengan mengikuti langkah-langkah mengukur jarak yang telah dipelajari, dapatlah anda menukarkan jarak tersebut kepada jarak sebenar di permukaan bumi
  • Jarak lurus di antara rumah Khairul dengan balai polis ialah 9 cm
  • Skala: 1 cm mewakili 1 km
  • Jarak sebenar di antara rumah Khairul dengan balai polis ialah 9 x 1 km = 9 km