Cards (7)

  • Tempat Kediaman:
    • Manusia zaman ini masih mendiami gua, dan lubang bawah tanah serta tempat berlindung yang diperbuat daripada ranting kayu.
    • Tumpuan petempatan mereka di pinggir sungai dan laut bagi memudahkan mereka mendapatkan bekalan air dan makanan.
    • Contoh: Gua Franchthi, Greece
  • Peralatan:
    • Peralatan Zaman Mesolitik masih diperbuat daripada kayu, batu dan tulang haiwan.
    • Namun, pembuatannya lebih halus dan kemas.
    • Terdapat juga alatan lebih kecil yang dikenali sebagai mikrolit.
    • Mereka juga menggunakan panah semasa memburu binatang dan menggunakan perangkap untuk menangkap ikan.
  • Pengumpulan Makanan:
    • Manusia pada zaman ini masih menjalankan aktiviti mengumpulkan makanan.
    • Mereka juga mengumpulkan kerang dan siput yang ditemui di pinggir sungai dan laut.
  • Kegiatan Ekonomi:
    • Manusia pada zaman ini masih lagi mengutip hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan.
    • Perkongsian makanan masih berlaku.
  • Organisasi Sosial:
    • Pada zaman ini, manusia masih lagi hidup dalam kelompok kecil.
    • Mereka juga masih lagi hidup secara nomad dan belum mempunyai sebuah organisasi sosial yang tersusun.
  • Kepercayaan:
    • Manusia pada zaman ini masih mengamalkan kepercayaan animisme.
  • Kesenian dan Kebudayaan:
    Lukisan gua masih merupakan antara ciri kesenian yang wujud pada zaman ini.