Pada zaman ini, manusia hidup menetap dan telah mewujudkan sistem sosial yang lebih baik.
Terdapat ketua yang dipilih daripada kalangan mereka dan bermulanya pembahagian dalam sosial, iaitu adanya kelas atasan atau pemimpin dan kelas bawahan.
Kemunculan organisasi ini membolehkan aturan kehidupan yang lebih baik dibentuk.