Cards (7)

  • Tempat Kediaman:
    • Manusia telah menetap dan membina tempat kediaman mereka dengan lebih baik.
    • Binaannya diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu serta lebih tersusun.
    • Selain kawasan lembah sungai dan pesisiran pantai, mereka juga tinggal di kawasan tanah tinggi.
    • Contoh: Petempatan Bena, Flores, Indonesia
  • Peralatan:
    • Manusia telah mampu mencipta peralatan yang diperbuat daripada logam.
    • Pembuatan ini berlaku seiring dengan pengetahuan manusia tentang teknologi peleburan serta pembuatan acuan.
    • Pada Zaman Logam ini, manusia memiliki tahap kehidupan yang lebih tinggi berbanding dengan Zaman Batu.
    • Peralatan zaman ini terdiri daripada tembaga, gangsa dan besi.
  • Pengumpulan Makanan:
    • Aktiviti pengumpulan makanan hampir tidak lagi dilakukan kerana kemajuan yang berlaku dalam bidang pertanian, penternakan dan perdagangan tukar barang.
    • Kegiatan ini membolehkan mereka memperoleh makanan yang mencukupi.
  • Kegiatan Ekonomi:
    • Aktiviti pertanian, penternakan dan perdagangan pertukaran barang merupakan aktiviti utama penduduk.
    • Selain itu, aktiviti pembuatan dan pertukangan turut berkembang.
  • Organisasi Sosial:
    • Kehidupan manusia zaman ini lebih tersusun.
    • Pemimpin bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dan membentuk aturan kehidupan agar diikuti oleh setiap anggota masyarakat.
    • Keadaan ini membawa kepada pembentukan sistem pentadbiran.
  • Kepercayaan:
    • Penyembahan manusia terhadap kuasa alam semakin jelas.
    • Binaan khusus telah diwujudkan bagi upacara ritual dan menyempurnakan kepercayaan mereka.
  • Kesenian dan Kebudayaan:
    • Manusia zaman ini amat mementingkan nilai estetika yang ditemukan pada peralatan mereka seperti gendang gangsa yang mempunyai pola hiasan yang menarik.