1681-1734: Richard Cantillon - usahawan sebagai individu yang mengendalikan sesuatu pengambilalihan dengan keadaan jumlah perbelanjaan telah diketahui tetapi jumlah pendapatan belum diketahui
1730-1792: Baudeau - usahawan sebagai seseorang yang melakukan inovasi dan pemikir
1767-1832: Jean-Baptiste Say - keuntungan usahawan-usahawan adalah berbeza berbanding keuntungan yang diperoleh daripada modal persendirian
1883-1950: Joseph Schumpeter - usahawan sebagai seorang ahli inovasi dan memajukan teknologi yang belum pernah dicuba
1961: David McClellan - usahawan ialah seorang yang melakukan pengambilan risiko sederhana bertepatan dengan kemahiran yang ada padanya
1964: Peter Drucker - usahawan sebagai seseorang yang memaksimumkan peluang
1966: J.B. Rotter - usahawan terdapat dalam golongan yang berada dalam lokus pengawalan
1971: Shapero - usahawan sebagai seseorang yang mengambil inisiatif, menganjurkan beberapa mekanisme sosial dan ekonomi serta menerima risiko kegagalan
1982: Carson - usahawan adalah seorang pakar dalam pertimbangan yang munasabah berkaitan koordinasi sumber-sumber yang sukar dicari atau terhad
1982: Israel Kirzner - usahawan merupakan orang tengah atau pengantara
1985: J.A. Timmons - usahawan mempunyai corak gelagat jenis 'A'
1986: Pinchot - usahawan dalaman (intrapreneur) merupakan seorang usahawan di dalam organisasi yang telah bertapak kukuh
1996: Kets de Vries - usahawan sebagai individu yang instrumental dalam konsepsi dan pelaksanaan sesebuah syarikat