Terdiri daripada tiga tamatan, iaitu hidup (L), neutral (N) dan bumi (E)
Plag 3 pin
Menyambungkan perkakasan elektrik kepada bekalan kuasa elektrik
Kebanyakan perkakasan elektrik di rumah menggunakan plag 3 pin, contohnya peti sejuk dan mesin basuh
Motor
Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik untuk menghasilkan pergerakan
Motor
Dihubungkan dengan komponen fungsi mekanikal lain, contohnya takal dan tali sawat untuk memusingkan dram mesin basuh
Terdapat dua jenis, iaitu motor arus terus dan motor arus ulang-alik
Panel kawalan
Terdiri daripada papan litar yang dipasang dengan komponen-komponen elektronik kepada mikropengawal
Panel kawalan
Mengawal keseluruhan sistem elektromekanikal, contohnya mengawal kelajuan putaran dram mesin basuh
Sensor
Peranti yang dapat mengesan perubahan persekitaran seperti cahaya, haba, tekanan, kelembapan dan sebagainya
Sensor
Mengesan perubahan dan menghantar isyarat elektrik kepada panel kawalan untuk tindakan selanjutnya, contohnya apabila sensor mengesan ketidakstabilan putaran dram mesin basuh, dram tersebut akan berhenti berputar