Model of holistic nursing: Physical, Social, Spiritual, Psychological
Pengasas kejururawatan moden Florence Nightingale (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910) mencatatkan sejarah kejururawatan melalui sumbangannya semasa peperangan Crimea (1852 - 1854)
Bermula dari peperangan itu wanita - wanita yang mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai sifat terpuji diberi latihan dalam bidang kejururawatan
Seterusnya bidang kejururawatan yang formal terus berkembang pesat dan diberi pengiktirafan di seluruh dunia
Bermula sejak tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik
Latihan sambil bekerja jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan peperangan dunia ke dua
Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
Lembaga Jururawat Malaysia ditubuhkan 1950 dan permintaan terhadap jururawat meningkat selepas tahun 1960 dan jururawat dihantar ke luar negara untuk latihan kepakaran
Dari tahun 1970, sistem pengajian kejururawatan dinaik taraf kepada kursus sijil
Tahun 1990-2000, kursus kejururawatan dinaikkan taraf kepada program diploma dan ijazah pertama & diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Nasional (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan, membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik, dan membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat
Kerjaya yang dinamik dan berkembang seiring dengan kemajuan teknologi terkini
Sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era globalisasi ke arah mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara maju
Perlantikan Pegawai kesihatan yang pertama pada tahun 1891
Ordinan pendaftaran Perubatan dan ordinan racun diluluskan
Julai 1905, sesi sekolah Perubatan yang pertama di Singapura di adakan
Hospital berjangkit yang pertama dibina pada tahun 1913
1917 Ordinan kebidanan diluluskan
Setiap negeri telah menganjurkan Perkhidmatan dan latihan sendiri- Latihan dalam perkhidmatan
Syarahan teori dan amali diberi oleh Doktor, penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat
Standard Kejururawatan berbeza dari satu negeri dengan negeri lain
Semasa perang Jepun, standard kejururawatan telah merosot
Gadis-gadis telah menyertai kejururawatan untuk selamatkan diri
1946: Sekolah latihan Jururawat yang pertama telah ditubuhkan di Johor Bharu oleh Miss Henderson
1947: Sekolah latihan Jururawat di tubuhkan di Pulau Pinang oleh Miss R.K. Applebee
1947: Pada tahun yang sama Sekolah latihan Jururawat di tubuhkan di Kuala Lumpur
Sekolah latihan Jururawat ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai tahap yang sama di England dan Wales. Kursus yang dijalankan selama 3 tahun 4 bulan
1950, Lembaga Jururawat malaysia ditubuhkan untuk mendaftar semua jururawat dan menyelaraskan kejururawatan di Malaya
1951, semasa Puan E. Hill menjadi Ketua Penyelia Jururawat, langkah utama telah di ambil untuk melatih jururawat dengan bantuan dari "UNICEF" dan pertubuhan Kesihatan Sedunia
1951- Tanah Melayu pertama kali mendapat Ketua Jururawat & Pengajar tempatan berkelulusan dari Maktab Kejururawatan Diraja (Royal College of Nursing) di England and Wales serta Tanah Melayu
Jururawat Terlatih tempatan telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jururawat dan lain- lain jawatan pentadbiran mengikut keputusan Lembaga Pemilihan
September 1954, latihan dimulakan untuk Pelawat-pelawat Kesihatan di sekolah Latihan Jururawat Pulau Pinang dengan kelolaan Puan E. Matealfe, Ketua Pengajar Kesihatan Am, Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Mei 1955, Kursus Pentadbiran wad yang pertama selama 16 minggu dimulakan dengan pengelolaan oleh Puan L. Turnhull, seorang personal Pertubuhan kesihatan Sedunia
Majalah Jururawat untuk Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dicetak iaitu pada bulan Februari
Buku Panduan Prosedur yang pertama diterbitkan pada bulan september
Kumpulan jururawat yang pertama dihantar secara bergilir-gilir ke Australia untuk menyempurnakan latihan di bawah rancangan Colombo
Sekolah latihan Kesihatan Luar Bandar telah dijalankan di Jitra Kedah
1956, satu jawatankuasa pendidikan telah ditubuhkan untuk mengetuai, merumus dan menggubal PolisiLatihan Jururawat