Semua faktor dalaman dan luaran organisasi yang mempengaruhi bagaimana firma beroperasi termasuk pekerja, pelanggan, pengurusan, penawaran dan permintaan serta peraturan perniagaan
Persekitaran perniagaan memberi kesan terhadap perniagaan dan dapat mempengaruhi usahawan dalam proses membuat keputusan
Faktor persekitaran memainkan peranan penting di dalam menyediakan peluang perniagaan
Pengamatan dan pemerhatian tentang persekitaran akan memberi ilham kepada usahawan untuk mencipta keluaran atau perkhidmatan baru yang bertujuan memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna
Pemerhatian terhadap fungsi dan faedah sesuatu produk akan membolehkan usahawan memikirkan bagaimana dapat memperbaikinya dari segi kos, reka bentuk, cita rasa, saiz dan juga prestasi
Persekitaran luaran
Fenomena yang terjadi di luar daripada sesuatu perniagaan
Persekitaran luaran
Persekitaran makro
Persekitaran mikro
Persekitaran makro
Persekitaran yang mempengaruhi aktiviti perniagaan secara tidak langsung
Unsur dalam persekitaran makro
Politik (P)
Ekonomi (E)
Sosial (S)
Teknologi (T)
Persekitaran mikro
Unsur-unsur yang berada di luar organisasi perniagaan yang dapat mempengaruhi aktiviti perniagaan secara langsung
Unsur dalam persekitaran mikro
Pelanggan
Pembekal
Pesaing
Institusi kewangan
Organisasi bukan untung (NGO)
Pihak kerajaan
Faktor ekonomi
Keadaan ekonomi yang baik dan stabil menjamin perkembangan ekonomi,jika ekonomi sesebuah negara meleset maka negara akan berada di dalam keadaan yang tidak stabil
Faktor ekonomi boleh mempengaruhi sesebuah organisasi dari sudut kekukuhan nilai ringgit semasa, percukaian, kadar faedah, tabungan, pelaburan, kadar tukaran mata wang asing dan sebagainya
Usahawan perlu menganalisis dengan mengimbas, mengawasi, meramal dan menilai keadaan ekonomi
Faktor politik dan perundangan
Undang-undang, polisi dan peraturan adalah berbeza mengikut negara
Usahawan perlu patuh dan setia kepada polisi, perundangan dan pengawalan di mana perniagaan itu beroperasi
Usahawan perlu memastikan bahawa mereka telah mendaftarkan perniagaan mereka dan mempunyai lesen untuk beroperasi
Keputusan kerajaan untuk memberi subsidi bagi pembinaan rumah akan memberi peluang yang baik bagi industri pembinaan tempatan
Usahawan perlu sentiasa peka kepada polisi, peraturan dan perundangan antarabangsa jika ingin menjalankan perniagaan di luar negara
Faktor sosio-budaya
Melibatkan aspek seperti demografi, gaya hidup masyarakat, perubahan nilai sosial dan juga budaya
Perubahan dalam kependudukan terjadi apabila berlaku perubahan penduduk, kumpulan etnik dan struktur penduduk berkaitan umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan penduduk
Faktor sosio-budaya menyumbangkan kepada desakan pengguna dan kuasa jual beli
Faktor teknologi
Teknologi merangkumi kesenian industri, aplikasi sains, kejuruteraan, rekaan sains, proses dan juga kaedah
Ciptaan baru boleh mewujudkan pasaran dan peluang baru kepada usahawan
Pelanggan
Pelanggan yang berpuas hati dengan sesuatu produk merupakan sumber yang terbaik bagi menarik pelanggan-pelanggan yang baru bagi sesebuah perniagaan
Sesebuah firma mempunyai kategori pelanggan yang berbeza
Contoh pelanggan
Individu (suri rumah, pekerja, pelajar)
Pembeli industri (pemborong, peruncit, agen)
Pembekal
Pembekal juga adalah salah satu unsur luaran yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan
Operasi firma yang cekap memerlukan sesebuah syarikat memastikan bahawa bekalan input seperti bahan mentah adalah tersedia
Kecekapan, tanggungjawab dan kebaikan bersama adalah kunci kejayaan di dalam hubungan antara pembekal dengan sesebuah organisasi
Contoh pembekal
Pasaraya Mydin
Pesaing
Terdiri daripada individu perseorangan, pasukan atau pun syarikat yang bersaing di dalam persekitaran sesebuah perniagaan
Kekuatan dan kelemahan pesaing perlu dianalisis untuk membangunkan strategik
Strategi yang boleh dilaksanakan
Menurunkan harga
Meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan
Meningkatkan promosi
Pemotongan kos pengeluaran
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan
Contoh NGO
FOMCA
Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA)
Persekitaran dalaman
Pekerja, pengurusan dan budaya korporat yang mencerminkan gelagat pekerja
Struktur organisasi
Susunan secara hirarki tentang manusia dan tugas yang dijalankan, dikenali sebagai rantaian perintah (chain of command)
Strategi organisasi
Perancangan yang teratur yang mengambilkira pelbagai faktor bagi mencapai sesuatu misi atau objektif organisasi
Usahawan pada kebiasaannya akan melakukan analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, dan Ancaman) sebelum memformulasikan strategi terbaik bagi organisasi beliau