Pada umumnya, tamadun ditakrifkan sebagai suatu pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang.
Bahasa Yunani:
Perkataan tamadun (civilisation) diambil daripada perkataan Yunani, iaitu “civitas” yang bermaksud bandar atau kota.
Tahap kemajuan dalam kehidupan masyarakat dicapai dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan.
Bahasa Inggeris:
Tamadun disebut civilisation, iaitu tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju.
Tahap pembangunan tersebut merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan kebolehan manusia atau organisasi.
Bahasa Arab
Perkataan tamadun dalam bahasa Arab ialah mudun, madain dan madana, yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
Istilah lain yang sama pengertiannya ialah hadharah dan hadari.
Hadharah bermaksud kawasan, daerah, bandar, kota, kampung dan kawasan yang digunakan untuk bercucuk tanam.
Hadari pula bermaksud tanah atau rumah yang didiami oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh kekayaan.
Bahasa Melayu:
Tamadun bermaksud suatu peradaban yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran meliputi bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.
Kemajuan kebendaan merujuk kepada pencapaian dalam penciptaan seni bina seperti bangunan dan empangan serta sistem ekonomi, seperti percukaian dan kewangan; dan hasil cipta seperti membuat kertas, lukisan dan ukiran.
Tamadun penting bagi membina kemajuan dan kemodenan kehidupan manusia yang teratur dalam sesebuah sistem masyarakat.