Kehidupan masyarakat tamadun awal mulai berkembang apabila terdapat kegiatan pertanian.
Penciptaan pelbagai peralatan, pembinaan saliran, penciptaan kincir angin dan pembinaan teres di tanah tinggi telah menggalakkan kegiatan pertanian dalam kalangan masyarakat.
Perkembangan ini seterusnya telah mewujudkan kegiatan perdagangan.
1.2 Perdagangan
Perdagangan tempatan, iaitu masyarakat yang tinggal di kota mendapatkan makanan dan barangan pertanian dengan menukarkan barangan kraf tangan dan perkhidmatan termasuklah kegiatan keagamaan.
Perdagangan jarak jauh. Masyarakat dari kawasan tamadun yang berbeza bertukar-tukar barangan dengan penduduk yang mempunyai bahan mentah, seperti logam, emas dan besi.
Berlaku kegiatan perdagangan antara masyarakat Sumer dengan Mesir dan antara masyarakat Sumer dengan Mohenjo-Daro.
2. Sistem Pemerintahan
Kerajaan telah dibentuk untuk mengurus pemerintahan kota yang berkembang pesat kesan daripada pembentukan bandar.
Pada peringkat awal, pemerintahan negara-kota diketuai oleh pendeta tetapi kemudiannya raja mengambil alih peranan sebagai pemerintah.
Raja telah dibantu oleh pegawai daripada golongan bangsawan dan pendeta memerintah negara-kota.
Selain itu, undang-undang telah dibentuk bagi melicinkan urusan pentadbiran negara.
3. Pembentukan Bandar (I)
Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan manusia mula membina petempatan kekal.
Kewujudan petempatan kekal di sesebuah kawasan bermula dengan kampung.
Apabila berlaku pertambahan penduduk, kawasan kampung berkembang dan disatukan membentuk bandar.
Bandar mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai dan mempunyai pelbagai latar belakang.
3. Perkembangan Bandar (II)
Pelan susun atur bangunan dan petempatan yang tersusun.
Rumah kediaman mempunyai kemudahan perigi, bilik mandi dan tandas.
Kemudahan prasarana yang teratur dan sistematik seperti pasar, rumah ibadat dan kawasan kediaman.
Pembinaan sistem perparitan dan pembetungan.
Pembinaan kota untuk berlindung daripada serangan orang luar dan menjadi kawasan sempadan.
3. Perkembangan Bandar (III)
Pada peringkat awal, bandar menjadi pusat kegiatan politik, ekonomi dan kebudayaan bagi kawasan sekitarnya.
Kemudian, bandar berkembang menjadi institusi sosial dan ekonomi yang tersusun, yang menjadi asas kepada kelahiran tamadun awal dunia.
3. Perkembangan Bandar (IV)
Bandar pertama dibina pada tahun 4,000 SM.
Kota-kota utama pada peringkat tamadun awal ialah Ur dan Uruk berhampiran Sungai Tigris dan Euphrates, Memphis di Sungai Nil, Mohenjo-Daro di Sungai Indus dan Anyang di Sungai Huang He.
4. Pengkhususan Pekerjaan (I)]
Perkembangan pesat bandar telah meningkatkan jumlah penduduk.
Hal ini mewujudkan pengkhususan dalam bidang pekerjaan.
Terdapat lebih banyak peluang pekerjaan baharu, seperti pengutip cukai, jurutera yang mengawal sistem pengairan sungai, tentera, petani yang bekerja di sawah, dan mereka yang bekerja dalam bidang pentadbiran.
4. Pengkhusuan Pekerjaan (II)
Kumpulan artisan pula menumpukan masa mereka dalam kerja mengukir, menempa besi dan tembikar.
Selain itu, saudagar dan pedagang bertukar-tukar barangan yang dihasilkan oleh golongan artisan.
5. Teknologi (I)
Kemahiran dalam bidang teknologi oleh masyarakat tamadun awal telah menghasilkanpenciptaan barangan dan monumen serta hasil pertukangan.
Hasil ciptaan ini telah memberikan keselesaan kepada masyarakat.
Tamadun Mesopotamia terkenal dengan Taman Tergantung Babylon.
Tamadun Mesir Purba pula terkenal dengan pembinaan piramid dan sfinks.
Tamadun Indus terkenal dengan pembinaan negara-kota Mohenjo-Daro.
5. Teknologi (II)
Penggunaan teknologi dalam pembuatan logam tembaga, gangsa dan besi pula menghasilkan peralatan seperti bajak untuk pertanian.
Selain itu, penciptaan roda telah membantu penggunaan kereta kuda dan kereta lembu untuk tujuan mengangkut hasil pertanian dan perhubungan penduduk.
6. Organisasi Sosial (I)
Dalam masyarakat Mesir Purba, kemunculan institusi dan golongan pekerja telah mewujudkan kelas sosial.
Kelas sosial berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh.
Pada peringkat tamadun awal, pemerintah, firaun, golongan agama dan golongan bangsawan berada pada kedudukan tertinggi dalam susunan masyarakat.
6. Organisasi Sosial (II)
Golongan saudagar dan artisan berada dalam kelas kedua. Di bawah mereka ialah golongan petani dan pekerja yang tidak berkemahiran.
Golongan hamba berada pada kedudukan paling rendah.
Hamba terdiri daripada dua kumpulan, iaitu hamba perang dan hamba yang dijual.
6. Organisasi Sosial (III)
A) Firaun
B) Wazir, pegawai kanan, golongan agama dan bangsawan
C) Golongan penyalin / penulis
D) Artisan berkemahiran dan karyawan
E) Petani dan buruh
F) Pembantu rumah dan hamba
7. Agama dan Kepercayaan
Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan.
Antara tuhan yang disembah termasuklah tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai.
Terdapat institusi agama yang mengurus upacara keagamaan, seperti korban binatang atau mempersembahkan makanan kepada kuasa roh.
Dalam hal ini, tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda menghormati tuhan.
Di Mesir misalnya, penduduk mempercayai kehidupan selepas kematian.
8. Tulisan dan Penyimpanan Rekod
Sistem tulisan mula lahir kira-kira 5,000 tahun lalu.
Penciptaan tulisan penting bagi membezakan kehidupan Zaman Prasejarah dan sejarah.
Kemudian, manusia mencipta sistem tulisan yang lebih baik menggunakan abstrak simbol bagi mewakili pelbagai bentuk idea.
Kelahiran tulisan membolehkan manusia menyimpan rekod dan perkara penting tentang masyarakat dan diri mereka.
Tulisan pertama menggunakan sistem piktograf atau simbol gambar.
9. Kesenian dan Kesusasteraan
Masyarakat pada zaman tamadun awal melahirkan hasil sastera dan seni bina yang mengagumkan.
Gaya dan teknik yang digunakan oleh artis menggambarkan setiap budaya tamadun masing-masing.
Artis menghasilkan ciptaan berupa patung dan lukisan tuhan dan dewa, pahlawan dan pemerintah.
Apabila penggunaan tembaga meluas, patung-patung dicipta menggunakantembaga.