BAB 6.3: TAMADUN ROM

Cards (5)

    • Tamadun Rom terletak di Lembah Latium, berhampiran dengan Sungai Tiber.
    • Lembah Latium merupakan kawasan subur yang membolehkan aktiviti pertanian giat dijalankan.
    • Sungai Tiber pula menjadi sumber air utama kepada penduduk dan menjadi laluan utama untuk berlayar ke laut.
    • Tamadun Rom boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Beraja (753509 SM), Zaman Republik (50927 SM), dan Zaman Empayar (27 SM – 476 M).
    • Tamadun Rom mencapai tahap kegemilangannya pada era Pax Romana (27 SM – 180 M).
    • Pax Romana begitu penting kerana selama 200 tahun keamanan wujud dalam Tamadun Rom yang berkembang meliputi tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika, dan Eropah.
    • Masyarakat dalam Tamadun Rom terbahagi kepada tiga kelompok, iaitu kalangan Patrician atau atasan, Plebian yang terdiri daripada petani, artisan, peniaga dan golongan hamba.
    • Tamadun ini mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang, seperti politik, ekonomi, sains dan teknologi, falsafah, dan pendidikan.