BAB 6.2.1: PERKEMBANG SISTEM PEMERINTAHAN DI ATHENS

Cards (10)

  • Perkembangan Sistem Pemerintahan di Athens:
    A) Monarki
    B) Oligarki
    C) Aristokrasi
    D) Tirani
    E) Demokrasi
    • Sistem demokrasi di Athens melalui beberapa tahap perkembangan.
    • Sebelum sistem ini diasaskan oleh Solon pada tahun 594 SM, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani.
    • Sistem demokrasi yang diamalkan di Athens merupakan demokrasi langsung.
    • Demokrasi langsung bermaksud setiap warganegara Athens terlibat secara langsung dalam perbincangan dan perdebatan bagi menentukan sesuatu dasar dan peraturan yang berkaitan dengan Athens, termasuklah hal ehwal ekonomi, sosial dan politik.
    • Pada zaman pemerintahan Pericles (495 - 429 SM), penekanan diberikan kepada kuasa rakyat bagi memantapkan sistem demokrasi.
    • Walau bagaimanapun, demokrasi menjadi lemah dan terhapus pada zaman Raja Philip yang menguasai Yunani pada tahun 338 SM.
    • Di Malaysia, sistem demokrasi dilaksanakan melalui pilihan raya yang memilih wakil-wakil rakyat.
    • Sistem pilihan raya di Malaysia bermula pada tahun 1951 dan diamalkan sehingga kini.
  • Monarki
    • Monarki ialah sistem beraja yang berasaskan keturunan.
    • Raja pula dibantu oleh Konsul yang terdiri daripada golongan bijak pandai.
  • Oligarki
    • Oligarki ialah pemerintahan yang dikuasai oleh sebahagian kecil golongan yang berkuasa.
  • Aristokrasi
    • Aristokrasi ialah pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan.
  • Tirani
    • Tirani ialah pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas rakyat.
  • Demokrasi
    • Demokrasi ialah pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pengundian.