Kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan kaum wanita akan dilatih menjadi anggota tentera.
Kaum wanita turut menjalani latihan fizikal dan diajar berlari, bertinju, menari dan menyanyi di hadapan khalayak ramai.
Malahan kaum wanita di Sparta tidak terkecuali daripada tugas mempertahankan negara.
Dalam hal ini, Sparta boleh dikategorikan sebagai kerajaan ketenteraan.