Tamadun China pada era peningkatan ini masih lagi muncul di sekitar Lembah Sungai Huang He.
Kawasan yang subur serta kedudukannya yang strategik menjadikan Lembah Sungai Huang He sebagai kawasan yang sesuai untuk dijadikan pusat kerajaan seperti pada zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han.
Ketika ini, Dinasti Qin muncul sebagai kerajaan paling utama di China semasa pemerintahan Raja Zheng yang kemudiannya memakai gelaran Maharaja Shi Huangdi.
Kerajaan ini berpusat di Xianyang.
Dinasti ini wujud antara tahun 221 SM hingga tahun 206 SM dan mempunyai wilayah yang luas meliputi bahagian utara sehingga ke Gurun Gobi dan selatan China bersempadan dengan Vietnam.
Maharaja Shi Huangdi merupakan pemimpin Dinasti Qin yang bertanggungjawab menyatukan China.
Kestabilan dalam bidang politik yang wujud pada zamannya telah membolehkan peningkatan berlaku dalam bidang ekonomi dan sosial.
Dinasti Qin digantikan oleh Dinasti Han antara tahun 206 SM hingga tahun 220 M.
Dinasti ini diasaskan oleh Liu Bang yang kemudiannya memakai gelaran Maharaja Gaozu.
Dinasti Han membentuk empayar yang luas meliputi utara China, sempadan Vietnam di selatan dan bahagian utara Korea di sebelah timur serta Turkestan di bahagian barat.
Dinasti ini terbahagi kepada dua tahap, iaitu Han Awal antara tahun 206 SM hingga tahun 8 M dan Han Akhir antara tahun 25 M hingga tahun 220 M.
Ketika zaman Han Awal, pusat pemerintahan terletak di Chang’an, manakala pada zaman Han Akhir, pusat pemerintahan terletak di Loyang.
Dinasti Han telah menunjukkan peningkatan dalam bidang perdagangan melalui pembukaan Laluan Sutera, bidang pentadbiran dan bidang sosial ketika zaman pemerintahan Maharaja Han Wu Di yang memerintah antara tahun 140 SM – 87 SM.
Laluan Sutera merupakan laluan perdagangan daratan yang terpanjang di dunia melibatkan China hingga empayar Rom.
Dinasti Han juga terkenal kerana melaksanakan sistem pemilihan pegawai perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada perkembangan dalam sistem pendidikan.
Pendidikan di China telah bermula sejak zaman Dinasti Shang dan berkembang ketika zaman Dinasti Zhou.
Pada masa itu, terdapat ramai ahli falsafah seperti Konfusius yang menjadi perhatian masyarakat.
Konfusius
Konfusius hidup dari tahun 551 SM hingga tahun 479 SM.
Karya beliau yang paling terkenal ialah Lun Yu atau Analects.
Ajaran Konfusianisme terus kekal sehingga hari ini.
Han Fei Zi
Pada zaman Dinasti Qin, pendidikan menekankan aspek pemahaman perundangan yang diasaskan oleh Han Fei Zi yang mengutamakan ketegasan undang-undang bagi mengawal tingkah laku manusia.
Sistem pendidikan juga menjadi lebih tersusun apabila Maharaja Shi Huangdi menyeragamkan sistem tulisan.
Cai Lun (I)
Pada zaman Dinasti Han, sistem pendidikan diperkukuh melalui penubuhan sekolah tinggi di Chang’an.
Penekanan diberikan kepada pembelajaran ajaran Konfusianisme yang diikuti dengan penubuhan sekolah yang sama pada peringkat daerah dan wilayah.
Cai Lun (II)
Sistem pendidikan semakin bertambah baik dengan adanya teknologi pembuatan kertas daripada campuran kulit pokok, serpihan rami kain, dan jaring oleh Cai Lun.
Kejayaan ini telah meningkatkan pendidikan di sekolah apabila kertas tersebut digunakan secara meluas.
Matlamat Sistem Pendidikan di China
Lulus peperiksaan perkhidmatan awam.
Mengekalkan ajaran Konfusianisme.
Membezakan golongan elit dengan golongan rakyat.
Memupuk nilai moral dan etika.
Memilih pegawai kerajaan.
Pendidikan Rendah
Tumpuan kepada menghafal tulisan serta buku suci tanpa perlu memahami maknanya.
Pendidikan Menengah
Tumpuan kepada aspek menulis karangan dan sajak.
Pendidikan Tinggi
Menterjemahkan dan mengintepretasikan buku suci serta pelajaran berkaitan etika upacara, adat istiadat dan tanggungjawab rakyat kepada raja dan negara.
Peperiksaan
Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat China.
Peperiksaan membolehkan seseorang menerima penghormatan dan meningkatkan taraf sosial ke arah kehidupan yang lebih baik.
Peperiksaan (II)
Sistem peperiksaan yang awal mula diperkenalkan ketika pemerintahan Maharaja Wu dalam Dinasti Han pada tahun 29 SM dan kekal hingga tahun 1905.
Setelah itu, sistem peperiksaan dimansuhkan oleh Maharani Dowager Cixi.
Ciri-Ciri Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam
Peperiksaan yang sangat kompetitif.
Hanya lelaki dibenarkan menduduki peperiksaan tanpa mengira latar belakang dan status sosial.
Mengekalkan tradisi dan budaya China terutamanya ajaran Konfusianisme.
Larangan terhadap sebarang bentuk perubahan bagi mengekalkan keaslian tradisi China.
Lulus dalam peperiksaan merupakan matlamat utama pendidikan bagi seorang anak lelaki.
Seseorang calon yang berpotensi akan menerima tajaan daripada penduduk kampung dengan harapan calon yang dipilih itu akan berjaya dalam peperiksaan, seterusnya menaikkan nama, keluarga, kaum dan kampung tersebut.
Sistem peperiksaan ini dikawal dengan ketat.
Sistem yang sama dilaksanakan di seluruh empayar dan mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman.
Bagi mengelakkan penipuan, calon akan dikurung sebelum peperiksaan berlangsung.
Disebabkan sistem peperiksaan yang ketat dan kompleks, hanya mereka yang lulus dengan cemerlang akan diserapkan ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Peperiksaan berkisar pada kandungan buku Empat Buku dan Lima Kitab yang dikenali sebagai Sembilan Buku Suci.
Empat Buku
The Analects of Confusius (论语)
The Mencius (孟子)
The Great Learning (大学)
The Doctrine of the Mean (中庸)
Lima Kitab
The Book of Songs (诗经)
The Book of History (尚书)
The Book of Rites (礼记)
The Book of Changes (周易)
The Spring (春秋)
Tahap Pertama - Xiucai (秀才)
Dijalankan pada peringkat daerah.
Terbuka kepada semua orang.
Diadakan dua kali setiap tiga tahun.
Tempoh peperiksaan ialah sehari.
Bilangan calon antara 500 - 2,000 orang.
Kadar kelulusan, 1: 35.
Tahap Kedua - Juren (举人)
Dijalankan di ibu kota daerah.
Hanya terbuka kepada calon yang telah lulus tahap pertama.
Diadakan tiga tahun sekali.
Tempoh peperiksaan tiga hari.
Bilangan calon antara 4,800 - 10,000 orang.
Kadar kelulusan, 1: 120.
Tahap Ketiga - Jinshi (进士)
Dijalankan di ibu kota kerajaan.
Diadakan tiga tahun sekali.
Tempoh peperiksaan selama 13 hari.
Mereka yang lulus dalam peperiksaan ini akan diserapkan ke dalam perkhidmatan awam kerajaan serta memperoleh pelbagai keistimewaan berdasarkan tahap kelulusan mereka.
Keistimewaan Xiucai
Memperoleh butang keemasan yang akan dilekatkan pada topi mereka
Diterima sebagai kakitangan kerajaan peringkat rendah
Menyertai Majlis Santapan Diraja.
Keistimewaan Juren
Memperoleh butang keemasan
Mendapat jawatan dalam kerajaan.
Rumah mereka akan mempunyai tanda nama yang diletakkan di pintu masuk
Mempunyai kakitangan pengiring.
Keistimewaan Jinshi
Mendapat kedudukan dan pangkat tinggi dalam kerajaan
Memperoleh pelbagai keistimewaan yang lain
Keluarga dan kampungnya juga memperoleh keistimewaan.
Sistem peperiksaan untuk memilih kakitangan kerajaan telah menjadi contoh kepada negara- negara di dunia dan diamalkan hingga hari ini.
Perkembangan dalam bidang sosial terutama pendidikan pada zaman Chin dan zaman Han sangat bergantung pada keamanan yang wujud dalam kerajaan tersebut.
Sistem peperiksaan telah melahirkan banyak sarjana seperti Dong Zhongshu (179–104 SM) yang merupakan sarjana Konfusius terkemuka dan sejarawan China pertama Sima Qian (145–86 SM) yang menulis karya bertajuk Shiji.
Karya ini mengisahkan tentang sejarah China hingga tahun 90 SM.
Proses Membuat Kertas (1-3)
Mengumpulkan bahan kulit pokok, serpihan rami kain dan jaring ikan.