BAB 4.2.1: PANDANGAN ISLAM

Cards (5)

  • al-Quran
    • Konsep tamadun dalam Islam dibina atas kerangka Islam sebagai al-Din (cara hidup).
    • Tamadun mengikut pandangan Islam merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah yang berasaskan nilai dalam pendidikan seperti yang disarankan oleh al-Quran dan hadis serta ajaran Nabi Muhammad SAW.
  • Ibn Khaldun (I)
    • Ibn Khaldun ialah tokoh awal yang membicarakan tentang konsep tamadun Islam. Beliau memperkenalkan konsep tamadun, iaitu “umran” dan “hadharah” yang digunakan dalam bukunya yang bertajuk Muqqadimah.
    • “Hadharah” mengandungi prinsip-prinsip nilai meliputi aspek akidah, syarak, akhlak, falsafah, kebudayaan dan peradaban.
  • Ibn Khaldun (II)
    • “Madaniyyah” pula lebih menjurus kepada aspek kebendaan dalam kehidupan dan lebih bersifat umum kepada semua manusia.
    • Kedua-duanya bermaksud perbandaran dan tamadun.
    • Istilah “hadharah” dan “madaniyyah” ini lebih menepati konsep tamadun dalam Islam dan berpusat kepada wahyu.
  • Sarjana teragung Islam, iaitu Ibn Khaldun merupakan sarjana sejarah pertama yang membincangkan tentang peraturan pemerintahan yang berkaitan dengan kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun.
  • Syed Muhammad Naquib al-Attas
    • Syed Muhammad Naquib Al-Attas berpendapat tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
    • Beliau menulis pelbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban. Antaranya termasuklah Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu dan Historical Fact and Fiction.