BAB 5.1.1: TAMADUN MESOPOTAMIA

Cards (10)

  • Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal dunia yang terletak di barat daya Asia. Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan Turki sehingga tanah pamah di Iraq.
  • Tamadun ini telah berkembang dari petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 5000 SM hingga 700 SM. Pada sekitar tahun 3500 SM, wilayah Mesopotamia telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.
    • Terdapat beberapa kerajaan dalam tamadun ini. Antaranya termasuklah Sumeria, Babylon, Akkad, Chaldea dan Asyria.
    • Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 SM dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang runtuh pada tahun 539 SM.
    • Tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer.
    • Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai.
    • Mereka juga berjaya membina sistem perbandaran.
  • Ciri Utama Kerajaan Sumer:
    A) Bandar Maju
    B) Pengkhususan Pekerjaan
    C) Institusi yang kompleks
    D) Pengurusan Simpan Kira
    E) Peningkatan Teknologi'
    • Di Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates, terdapat kawasan subur yang luas dalam oasis di tengah-tengah gurun dan gunung.
    • Kawasan ini dipanggil Bulan Sabit Subur, iaitu terletak di antara Laut Mediterranean dan Teluk Parsi.
    • Kawasan ini telah berkembang menjadi sebuah bandar yang besar.
    • Struktur bandar ini dibina daripada tanah liat yang dijadikan bata. Tempat ibadat dibina di setiap pusat bandar.
    • Binaannya berbentuk piramid yang dipanggil zigurat.
    • Bagi tujuan pertahanan, dinding besar dibina mengelilingi setiap bandar.
    • Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara-kota.
    • Gambar di bawah menunjukkan pembentukan sebuah negara-kota dalam Tamadun Mesopotamia, iaitu Negara-Kota Ur.
    • Negara-kota ini berperanan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan.
    • Penduduknya berjumlah 30000 orang.
    • Negara-kota Ur Terletak di Sungai Euphrates berhampiran Teluk Parsi, Ur menjadi tempat pertemuan pedagang dari jauh seperti India.
    • Pada hari ini, kawasan Mesopotamia melibatkan Iraq, Syria, Turki dan Iran termasuk kawasan sempadan Turki-Syria dan sempadan Iran-Iraq.
  • Negara-kota Ur:
    1. Bandar dipenuhi dengan rumah dan kedai.
    2. Dinding yang tinggi melindungi Ur daripada serangan.
    3. Kuil besar disediakan untuk tuhan bulan Nanna dan isterinya Ningal yang menguasai bandar.
    4. Petani menanam pokok gandum dan barli di luar kota Ur.
    5. Terusan menghubungkan Ur dengan Sungai Euphrates.
    6. Di dalam bandar, terdapat sebuah lagi terusan dan pelabuhan besar yang dibina bagi membolehkan orang luar berdagang dengan pedagang Ur.
    A) Kuil bulan
    B) Tanaman pokok gandum dan barli
    C) Terusan
    D) Pelabuhan besar
    E) Dinding tinggi
    F) Rumah dan kedai