BAB 5.1.2 SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA

Cards (9)

  • Pemerintahan dan Pentadbiran
    • Negara-kota diperintah oleh raja.
    • Negara-kota bersatu membentuk empayar yang pertama.
    • Kerajaan Mesopotamia terkenal kerana mempunyai kerajaan yang kukuh di bawah pemerintah yang bernama Hammurabi.
    • Hammurabi telah membina bangunan dan memperbaik sistem pungutan cukai serta meningkatkan kegiatan perdagangan.
    • Usaha ini telah memakmurkan Empayar Babylon.
    • Hammurabi terkenal kerana mewujudkan Kod Undang-undang Hammurabi yang mengandungi kira-kira 282 perkara yang merangkumi hal perdagangan, kecurian, denda dan hukuman.
  • Kegiatan Ekonomi (I)
    • Ekonomi ditadbir secara berpusat oleh golongan agama dan raja.
    • Kerajaan menentukan jumlah tanaman dan bilangan petani.
    • Wujud pekerjaan seperti pegawai, petani, jurukira dan hamba.
    • Kegiatan ekonomi atau pengkhususan pekerjaan berlaku apabila wujudnya lebihan hasil pertanian.
  • Kegiatan Ekonomi (II)
    • Masyarakat yang sebelum ini bekerja sebagai petani telah bertukar pekerjaan menjadi peniaga, pedagang dan artisan.
    • Aktiviti perdagangan telah meluas sehingga ke kawasan Lembah Indus.
    • Terdapat pengusaha tekstil, barangan tembikar dan alat keperluan harian.
    • Selain itu, pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan permintaan tukang rumah bagi pembinaan rumah.
  • Teknologi (II)
    • Adanya sistem tali air.
    • Reka cipta alatan berasaskan gangsa.
    • Ciptaan roda, sauh dan bajak.
    • Memperkenalkan kalendar 12 bulan.
    • Sistem nombor berasaskan 60.
    • Mencipta kertas daripada papirus.
    • Mencipta emas.
  • Teknologi (III)
    • Mereka membahagikan masa kepada 60 minit.
    • Mereka juga membahagikan bulatan kepada 360 darjah.
    • Mereka mencipta formula bagi mengira pelbagai bentuk geometri, bulatan dan segi tiga.
    • Ahli-ahli astronomi Mesopotamia pula mencerap pergerakan bulan, planet dan bintang.
  • Teknologi (I)
    Sumbangan tertinggi masyarakat Sumer dalam Tamadun Mesopotamia
    1. Penciptaan tulisan
    2. Penciptaan roda
    3. Bidang perubatan
    4. Bidang astronomi
    5. Bidang matematik
  • Kesenian dan Kesusasteraan
    • Tulisan dikenali sebagai kuneiform.
    • Penduduk menukilkan puisi.
    • Rekaan patung untuk mengingati pemimpin.
    • Masyarakat pada zaman ini telah mula mengukir pada batu bagi merakamkan peristiwa yang berlaku.
  • Binaan Bangunan dan Kemudahan
    • Zigurat yang berfungsi sebagai rumah ibadat.
    • Taman Tergantung Babylon.
  • Epik Enuma Elish
    Menceritakan kisah Apsu dan Tiamat, iaitu kisah epik orang Babylon.