Tamadun Mesir Purba terletak di kawasan lembah Sungai Nil.
Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia dengan kepanjangan sejauh 6650 kilometer.
Piramid dan Firaun merupakan tinggalan terkenal tamadun ini.
Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan dalam tamadun Mesir Purba, iaitu kerajaan purba, kerajaan pertengahan dan kerajaan baru.
Menurut Herodotus (484 - 432 M), Mesir dikatakan Hadiah SungaiNil (The Gift of The Nile) kerana Sungai Nil yang membanjiri kawasan sekitarnya setiap tahun membawa lumpur berwarna hitam yang subur untuk pertanian.
Kawasan yang subur ini terletak di Lembah Nil yang merupakan antara kawasan lembah yang terbesar di dunia.
Sungai Nil juga membekalkan sumber makanan terutamanya ikan kepada penduduk selain menjadi sumber perhubungan dan pengangkutan terpenting.
Kepentingan Sungai Nil mempengaruhi petempatan di kawasan ini yang kemudian berkembang menjadi negara-kota.
Bandar utama di tamadun Mesir Purba:
A) Heliopolis
B) Memphis
C) Thebes
D) Buhen
Piramid utama di tamadun Mesir Purba:
A) Giza
B) Saqqarah
Kerajaan Purba
Petempatan terawal bermula dengan perkampungan petani pada tahun 5000 SM.
Perkampungan ini membentuk dua buah kerajaan.
Kerajaan utara terletak di hilir Sungai Nil melibatkan kawasan Lembah Sungai Nil.
Kerajaan selatan terletak di hulu Sungai Nil.
Suhu kawasan ini lebih sejuk berbanding dengan di selatan. Kerajaan di selatan terletak di hulu Sungai Nil.
Kawasan ini merupakan kawasan yang terbentang luasberhadapan dengan padang pasir.
Kerajaan Purba:
Kedua-dua kerajaan Mesir Purba telah disatukan sekitar tahun 3100 SM oleh Raja Mennes yang menawan kerajaan utara.
Raja Mennes telah membuka bandar Memphis yang kemudian menjadi ibu kota kerajaannya.
Perkembangan kerajaan purba mencapai kemuncak pada tahun 2650 SM.
Kerajaan Pertengahan:
Kerajaan kedua dikenali sebagai Kerajaan Pertengahan yang bermula sekitar tahun 2,100 – 1,650 SM.
Pada zaman ini berlaku perkembangan bidang kesusasteraan dan ukiran.
Kerajaan Pertengahan meluas hingga selatan Sungai Nil.
Kerajaan Pertengahan:
Kekuatan raja telah membawa kestabilan dan kemakmuran ekonomi.
Ibu kota kerajaan ini ialah Thebes.
Pemerintahnya telah menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan jalan sungai.
Kerajaan Pertengahan telah mengadakan hubungan perdagangan dengan Nubia yang terletak di bahagian selatan Mesir.
Kerajaan Pertengahan:
Para pedagang yang melalui jalan perdagangan Mesir menghadapi ancaman serangan penjahat.
Raja Mesir bertindak menghantar tentera bagi melindungi pedagang, manakala penduduk Mesir membina kubu di sepanjang Sungai Nil.
Mereka juga mengambil alih kuasa kota Nubia.
Kerajaan Baru:
Kerajaan Baru muncul apabila golongan bangsawan memerintah Mesir.
Pemerintahnya digelar Firaun yang telah membentuk pasukan tentera yang kuat bagi mematahkan serangan orang luar.
Raja yang terkenal semasa zaman Kerajaan Baru Mesir ialah Ramses.
Ramses telah membina banyak monumen berhala.
Zaman kejatuhan kerajaan baharu Mesir bermula apabila Ramses II memerintah dari tahun 1279 – 1213 SM.