Firaun membentuk kestabilan dan kemakmuran ekonomi.
Pentadbiran (II)
Firaun telah menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan jalan sungai.
Apabila pedagang menghadapi ancaman serangan penjahat, raja Mesir telah bertindak menghantar tentera bagi melindungi pedagang.
Langkah ini telah berjaya mewujudkan keamanan di Mesir Purba.
Kegiatan Ekonomi (I)
Pertanian merupakan kegiatan utama.
Majoriti penduduk ialah petani.
Petani membayar sewa tanah kepada raja.
Terdapat kegiatan perdagangan.
Kegiatan Ekonomi (II)
Wujud pengkhususan pekerjaan dalam bidang penenunan dan pembuatan barang tembikar dan peralatan harian.
Eksport utama ialah tekstil dan kertas.
Di samping itu, terdapat kegiatan perlombongan emas.
Sungai Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal dagang menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis dan Elephantine.
Teknologi (I)
Kemajuan matematik dan geometri.
Kemahiran dalam bidang perubatan.
Pembinaan terusan dan pengairan.
365 hari dalam kalendar tahunan.
Penciptaan kertas, iaitu papirus.
Melakukan reka cipta sains dan teknologi.
Teknologi (II)
Hasil cipta yang terkemuka adalah dalam bidang astronomi, matematik, perubatan, bahasa dan seni bina.
Masyarakat yang terawal menulis dan menyimpan rekod sesuatu peristiwa.
Bentuk penulisan terawal dikenali sebagai hieroglif.
Mencipta dakwat hitam.
Tulisan di atas papirus adalah untuk menulis teks agama dan dokumen penting.
Kesenian dan Kesusasteraan
Tulisan hieroglif.
Masyarakat tamadun ini menghasilkan hasil seni berbentuk lukisan yang terkenal di dunia.
Lakaran hasil kesenian terdapat di tembok batu sebagai lukisan dinding dan di kawasan perkuburan.
Lukisan terdapat pada dinding-dinding bangunan serta kuil.