BAB 5.3.1 TAMADUN INDUS

Cards (10)

    • Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India.
    • Kawasan ini dikelilingi oleh Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara.
    • Tamadun ini bermula pada tahun 2,500 SM. Di bahagian barat laut India, terdapat penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad.
    • Mereka telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Lembah Sungai Indus.
    • Lembah Sungai Indus mempunyai dua musim yang ekstrem.
    • Musim hujan yang membawa banjir dan musim kering yang membawa kemarau.
    • Kedua-dua musim ini menyebabkan tanaman musnah.
    • Banjir pula berlaku di luar jangkaan penduduk.
    • Sungai kadangkala berubah arah aliran.
    • Pusingan musim kering dan hujan pula tidak menentu.
    • Cuaca kering dan keadaan kemarau ini menyebabkan kemusnahan tanaman.
    • Hujan lebat yang berterusan menyebabkan berlakunya banjir yang memusnahkan kawasan petempatan.
    • Penduduk Lembah Sungai Indus bergiat aktif dalam pertanian.
    • Mereka menanam pokok gandum, barli dan kapas.
    • Dalam masa yang sama wujud kegiatan lain, seperti pembuatan barangan daripada kapas dan besi.
    • Hubungan perdagangan berlaku antara penduduk Lembah Sungai Indus dengan penduduk di bahagian selatan Mesopotamia.
    • Kawasan ini kemudian berkembang menjadi bandar.
  • Bandar-bandar utama di Tamadun Indus
    A) Harappa
    B) Mohenjo-Daro
    C) Sutkagen-dor
    D) Lothal
    • Terdapat dua buah bandar terancang terkenal yang dibina dalam tamadun ini, iaitu Mohenjo-Daro dan bandar Harappa.
    • Pada masa ini, jurutera telah mencipta sistem paip dan pembentungan yang canggih.
    • Menjelang tahun 1,750 SM, Tamadun Indus mula mengalami kemerosotan.
    • Ahli sejarah berusaha mencari sebab kemerosotan tamadun ini.
    • Pada tahun 1970-an, ahli sejarah menemukan punca kemerosotan ini.
    • Imej satelit menunjukkan terdapat pergerakan plat bumi yang menyebabkan berlakunya gempa bumi dan banjir.
    • Selain itu, serangan orang Aryan mempercepat keruntuhan kerajaan Tamadun Indus.
    • Perancangan bandar Harappa membuktikan penduduknya telah mencapai tahap tamadun yang tinggi.
    • Kotanya dikelilingi oleh dinding bata yang tebal sepanjang 4.8 kilometer.
    • Dinding ini dibina bagi mengelakkan banjir.
    • Di dalam kota dibina benteng bagi melindungi keluarga diraja.
    • Jalan raya dibina selebar 30 kaki.
    • Dinding memisahkan daerah perumahan antara satu sama lain.
    • Rumah pula pelbagai saiz, ada yang dibina setinggi tiga tingkat.