BAB 5.4.1 TAMADUN HUANG HE (HWANG HO)

Cards (6)

    • Tamadun Huang He terbina di kedudukan dua sungai utama yang mengalir dari kawasan pergunungan di sebelah barat ke Lautan Pasifik.
    • Sungai Huang He atau dikenali juga sebagai Sungai Kuning terletak di kawasan utara negara China, manakala Sungai Yangtze di bahagian tengah China mengalir ke timur hingga ke Laut Kuning.
    • Huang He bermaksud Sungai Kuning yang menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur.
    • Seperti tamadun awal yang lain, sungai menjadi nadi utama dalam pembentukan Tamadun Huang He.
    • Masyarakat awal China telah membina petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan berburu di sepanjang Sungai Huang He.
    • Penduduk di kawasan ini turut menghadapi banjir disebabkan oleh limpahan air Sungai Huang He yang menenggelamkan keseluruhan kampung.
    • Hal ini ditambah pula dengan kedudukan geografi tamadun ini yang terpencil, menyebabkan penduduk awal tamadun ini hanya dapat menghasilkan makanan sendiri dan tidak berdagang dengan orang luar.
  • Bandar-bandar utama Tamadun China
    A) Anyang
    B) Zhengzhou
    C) Luoyang
    D) Yangzhou
    • Tamadun Huang He telah bermula kira-kira 4000 SM.
    • Terdapat tiga kerajaan awal, iaitu Xia (22051766 SM), Shang (17661050 SM) dan Zhou (1050256 SM).
    • Perkembangan petempatan kerajaan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar Huang He, antaranya termasuklah Anyang.
    • Bandar ini merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang.
    • Semasa Dinasti Zhou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
    • Antara aktiviti utama tamadun ini selain pertanian termasuklah membuat tembikar, membina kapal, menghasilkan varnis, sutera, sulaman dan ukiran.
  • Kemajuan aktiviti pertanian dalam tamadun ini telah membawa kepada penghasilan ciptaan daripada kayu dan logam yang digunakan sebagai peralatan pertanian.