BAB 5.4.2 SUMBANGAN TAMADUN HUANG HE (HWANG HO)

Cards (8)

  • Pemerintahan dan Pentadbiran (I)
    • Sistem politik berasaskan negara-kota.
    • Masyarakat dan keluarga merupakan unsur penting.
    • Pembahagian kelas sosial.
    • Raja berkuasa dalam bidang ekonomi, politik dan agama.
  • Pemerintahan dan Pentadbiran
    • Kuasa raja datang dari syurga.
    • Raja dianggap sebagai pemerintah yang membawa mandat daripada syurga.
    • Sistem pemerintahannya berasaskan kepada dinasti.
    • Dalam kepercayaan masyarakat China, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada tuhan untuk memerintah.
  • Kegiatan Ekonomi (I)
    • Tumpuan utama ialah pertanian sekoi dan tanaman padi.
    • Tanaman utama ialah gandum dan barli.
    • Masyarakat menternak seperti lembu, kambing, ayam dan babi.
  • Kegiatan Ekonomi (II)
    • Masyarakat amat prihatin terhadap pembangunan pertanian.
    • Terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian.
    • Pembangunan dalam pertanian juga membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit.
    • Petani juga menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
  • Teknologi (I)
    • Menghasilkan ciptaan benang sutera.
    • Penciptaan peralatan daripada besi.
    • Penciptaan mata wang syiling.
    • Peningkatan pengangkutan jalan dan terusan.
    • Penciptaan kompas magnetik.
  • Teknologi (II)
    • Mencipta tulisan daripada lukisan.
    • Mencipta alat-alat pertanian daripada kayu dan besi.
    • Penghasilan alat pertanian banyak membantu petani dalam kegiatan pertanian, khususnya penanaman padi.
  • Kesenian dan Kesusasteraan
    • Adanya penulisan berasal daripada piktograf, iaitu tulisan tulang ramalan.
    • Hasil cipta puisi yang romantik.
    • Lirik diolah dalam pelbagai bentuk tradisi masyarakat.
    • Masyarakat mempunyai kemahiran penghasilan tembikar.
    • Hasil kesenian dilukis pada tembikar.
  • Binaan Bangunan dan Kemudahan
    • Kekurangan seni bina monumen.
    • Bandar pertama dibina pada zaman Dinasti Shang.
    • Kajian ahli arkeologi mendapati istana dan tempat ibadat dibina di tengah-tengah bandar.