Ekonomi
Melalui hubungan diplomatik, aktiviti ekonomi ekonomi dapat dikembangkan. Kerajaan Melayu awal memasarkan barang dagangan seperti rempah-ratus, bijih timah dan emas kepada kerajaan China dan India. Kerajaan Melayu awal pula ditawarkan barangan mewah seperti tembikar, sutera dan perhiasan. Hubungan ini dapat meningkatkan kemakmuran kerajaan Melayu awal.