Kegiatan Ekonomi Kerajaan Melayu Awal di Kepulauan Melayu

Cards (8)

  • Pertanian Lokasi kerajaan Melayu awal di lembah sungai amat sesuai untuk kegiatan pertanian kerana tanahnya subur. Mereka mengusahakan tanaman seperti padi, pisang, buah pala dan ubi kayu. Hasil tanaman ini dipasarkan untuk memenuhi keperluan penduduk.
  • Pelabuhan Perdagangan Lokasi Kepulauan Melayu yang berada di jalan laut perdagangan timur dan barat menyebabkan kegiatan perdagangan kerajaan Melayu awal berkembang maju. Kewujudan pelabuhan memudahkan pedagang untuk singgah dan menjalankan kegiatan perdagangan di Kepulauan Melayu. Barangan dagangan utama ialah rempah-ratus seperti lada hitam, bunga cengkih dan buah pala.
  • Kegiatan perdagangan di pelabuhan kerajaan Melayu awal.
  • Hasil Hutan dan Hasil Laut Kerajaan Melayu awal kaya dengan hasil hutan dan hasil laut. Antaranya termasuklah rotan, sarang burung. kulit penyu, teripang dan mutiara. Barangan ini mendapat permintaan tinggi daripada pedagang.
  • Hasil hutan
    1. Gaharu
    2. Rotan
    3. Kapur barus
  • Hasil laut
    1. Mutiara
    2. Teripang
  • Perlombongan dan Pembuatan Masyarakat kerajaan Melayu awal menjalankan kegiatan perlombongan seperti bijih timah, bijih besi dan emas. Kegiatan pembuatan menghasilkan barang perhiasan, tembikar dan senjata
  • Relau yang digunakan untuk melebur besi semasa kerajaan Kedah Tua