pertanian

Cards (7)

  • Kegiatan Ekonomi
    • Pertanian
    • Perdagangan
    • Mengutip hasil hutan dan laut
    • Perlombongan dan pembuatan
  • Pertanian
    • Alam Melayu mempunyai tanah yang subur untuk kegiatan pertanian
    • Pada tahap awal, kegiatan pertanian bertujuan untuk menyara diri sahaja
    • Apabila terdapat lebihan hasil pertanian, lebihan tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam kegiatan pertanian
  • PADI
    Kerajaan Funan, Kerajaan Champa dan Kerajaan Angkor
    • Kerajaan Funan dan Angkor yang terletak di Lembah Sungai Mekong mendapat manfaat daripada kesuburan tanahnya. Hujan membekalkan air ke tasik-tasik besar seperti Tonle Sap yang digunakan untuk menggunakan kawasan padi sawah.
    • Pemerintah Angkor telah membina kolam yang dikenali sebagai baray untuk menyimpan air
    • Di Angkor, penanaman padi menuaikan hasil tiga hingga empat kali setahun
    • Di Champa pula, terdapat Ketua Air di setiap kampung untuk menyelenggarakan terusan dan daik
  • PADI
    KERAJAAN MAJAPAHIT
    • Pulau Jawa mempunyai tanah subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas membekalkan air untuk pengairan padi sawah. Pemerintah Majapahit telah membina beberapa sistem pengairan untuk meningkatkan pengeluaran padi sawah
  • PADI
    KERAJAAN SRIVIJAYA
    • Padi menjadi tanaman utama kerajaan Srivijaya. Padi sawah ditanam di kawasan pedalaman Palembang terutama di Tanah Tinggi Pasemah dan Hulu Musi
  • REMPAH-RATUS
    • Rempah-ratus yang terdapat di Alam Melayu ialah bunga cengkih, buah pala, dan lada hitam. Bunga cengkih ditanam di Kepulauan Maluku, buah pala pula ditanam di Pulau Banda, manakala lada hitam di Sumatera dan Jawa
  • KEGIATAN PERTANIAN YANG LAIN
    • Selain tanaman padi, masyarakat kerajaan Alam Melayu juga mengusahakan tanaman lain seperti pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa, sayuran dan buah-buahan. Mereka turut terlibat dalam kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai. Malahan ada yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura.