perdagangan

Cards (11)

  • PERDAGANGAN
    • perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi kerajaan Alam Melayu
    • Barangan dari Alam Melayu menjadi tarikan pedagang luar
    • Kedudukan Alam Melayu di tengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat
    • Kemudahan pelabuhan telah membolehkan kerajaan Alam Melayu berkembang maju hasil kegiatan perdagangan dengan pedagang luar
    • Pelabuhan tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dagangan dan kawasan berjual beli
  • Kerajaan Funan
    Pelabuhan: Oc Eo
    Barang didagangkan: Damar, kapur barus, kayu cendana, gaharu
  • Kerajaan Champa
    Pelabuhan: Turan, Kam ran, Sri Banoy, Maliti
    Barang didagangkan: Beras, emas, perak, gading gajah, gaharu
  • Kerajaan Srivijaya
    Pelabuhan: Palembang
    Barang didagangkan: Damar, kapur barus, gaharu, madu, rotan, rempah, mutiara, rumpai laut, gading gajah, sumbu badak
  • Kerajaan Angkor
    Pelabuhan: Yasodharapura
    Barang didagangkan: Gaharu, buah pelaga, lilin lebah, minyak sayuran, damar, gading gajah
  • Kerajaan Majapahit
    Pelabuhan: Turan, Sidayu, Gresik, Surabaya
    Barang didagangkan: Rempah, beras, rotan, kayu cendana, gaharu, ikan, kulit penyu, mutiara
  • Kerajaan Gangga Nagara
    Pelabuhan: Pangkalan, Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor, Sungai Siput
    Barang didagangkan: Emas, bijih timah, rempah ratus, kapur barus, damar
  • Pedagang luar
    • China
    • India
    • Arab
    • Parsi
  • Pedagang China
    • membawa pelbagai barangan dari China seperti sutera, tembikar, pinggan dan mangkuk, payung, gula dan gendang
    • Mendapatkan barangan terutama yang mempunyai nilai perubatan dari Alam Melayu
  • Pedagang India
    • membawa kain kapas, tembikar dan pelbagai jenis batu berharga seperti akik dan karnelian untuk dijual kepada penduduk tempatan
    • mendapatkan kain sutera dari China dan pelbagai jenis barang dari Alam Melayu seperti rempah, gaharu dan kapur barus
  • Pedagang Arab/Parsi
    • membawa pelbagai jenis tembikar, minyak wangi, barangan kaca dan manik yang didagangkan dengan kerajaan Alam Melayu
    • membeli rempah dan kayu wangi di Alam Melayu untuk didagang semula ke Tanah Arab dan Rom