Cards (7)

  • Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400
  • Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan.
  • Parameswara memilih lokasi yang stategik untuk membentuk kerajaan, iaitu di muara Sungai Bertam yang juga dikenali sebagai Sungai Melaka. Pada asalnya, muara sungai ini merupakan sebuah perkampungan nelayan dan tempat berjual beli serta pertukaran barang dagangan
  • LALUAN PERDAGANGAN
    • Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang
  • BENTUK MUKA BUMI
    • Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang
  • BENTENG PERTAHANAN
    • Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh
  • TERLINDUNG ANGIN MONSUN
    • Muara sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun. Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.