sistem pentadbiran

Cards (14)

  • Sultan berada di puncak sistem pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Sultan melantik pembesar untuk membantunya dalam pentadbiran. Hal ini menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka gemilang dengan sistem pentadbiran yang tersusun dan berkesan
  • SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN
    • Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah bagi membantu melicinkan pentadbiran.
  • SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN
    • Sultan dibantu oleh pembesar berempat, pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua
    • Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat, jajahan, daerah, mukim dan kampung
  • TUGAS PEMBESAR
    • menjaga keamanan kawasan
    • mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah
    • membekalkan tenaga tentera ketika perang dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah
  • Pemerintah Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir.
    1. Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan
    2. Kawasan pembesar jajahan dan daerah dikenali sebagai kawasan pemakanan
    3. Pembesar dibenarkan mengutip cukai di kawasannya dan menyerahkannya kepada pemerintah sebagai ufti
  • KAWASAN PEGANGAN
    • kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat
  • KAWASAN PEMAKANAN
    • kawasan pembesar jajahan dan daerah
  • UFTI
    • pembesar dibenarkan mengutip cukai di kawasannya dan menyerahkannya kepada pemerintah
  • Pembesar berempat terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana
  • BENDAHARA
    • Penasihat raja
    • Menteri utama peringkat pusat
    • Ketua turus angkatan perang
    • Ketua hakim
    • Pemangku sultan
  • PENGHULU BENDAHARI
    • Pemungut hasil atau ufti
    • Ketua segala bendahari
    • Ketua urus setia istana
    • Ketua syahbandar
  • TEMENGGUNG
    • Ketua polis dan penjara
    • Penguasa bandar dan kota Melaka
    • Pegawal protokol istana
    • Hakim di darat
  • SISTEM SERAH
    • pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat kepada pemerintah
    • pemberian ini dilakukan sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untuk rakyat
    • kadar dan nilai serahan bergantung pada hasil tanaman dan ternakan yang diperoleh
  • SISTEM KERAH
    • merupakan sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa diberi upah
    • membina istana, kubu, jalan dan saliran
    • menunjukkan wujud sikap taat setia, sedia berkorban dan rakyat berganding bahu untuk membantu pemerintah