empayar yang luas

Cards (14)

  • Empayar Kesultanan Melayu Melaka meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan pantai timur Sumatera
  • CARA PEMBENTULAN EMPAYAR
    1. Penaklukan
    2. Perkahwinan
    3. Naungan
  • PENAKLUKAN
    • Penaklukan dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kemakmuran Kesultanan Melayu Melaka
    • Kawasan taklukan di Semenanjung Tanah Melayu ialah seperti Kuala Linggi, Berus, Pahang, Terengganu dan Kelantan
    • Kawasan taklukan di Sumatera pula ialah Siak, Rokan, Kampar dan Rupat
  • PERKAHWINAN
    • Perkahwinan berlaku antara Sultan Melaka dengan puteri diraja kerajaan lain.
    • Perkahwinan mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara kerajaan Melaka dengan kerajaan lain
    • Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana menyebabkan pengaruh Melaka semakin meluas
  • NAUNGAN
    • Terdapat pemerintah kerajaan lain yang rela bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka
    • Raja yang berada di bawah naungan Melaka ditabalkan oleh sultan Melaka
    • Antara kerajaan yang rela bernaung termasuklah Lingga, Patani dan Kedah
  • KEPENTINGAN PEMBENTUKAN EMPAYAR
    1. Politik
    2. Ekonomi
    3. Sosial
    4. Agama
  • POLITIK
    • Meluaskan wilayah dan jajahan takluk
    • Mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk
    • Menyekat pengaruh kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Pasai
  • EKONOMI
    • Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan
    • Mendapat bekalan seperti hasil pertanian, rempah-ratus dan bijih timah untuk diperdagangkan di pelabuhan Melaka
    • Menguasai perdagangan di selat Melaka
  • SOSIAL
    • Berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya dari Arab, India, China dan Alam Melayu
    • Wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa
  • AGAMA
    • Mendorong usaha penyebaran agama Islam
    • Islam telah berkembang luas ke Pahang, Kelantan, Perak, timur Sumatera dan Patani
  • PENTADBIRAN EMPAYAR
    1. Pentadbiran pusat
    2. Pentadbiran Kawasan Naungan
    3. Pentadbiran Kawasan Jajahan
  • PENTADBIRAN PUSAT
    • Pusat pemerintahan dan pentadbiran di Melaka yang terletaknya tempat raja bersemayam. Raja dibantu oleh pembesar pusat
  • PENTADBIRAN KAWASAN NAUNGAN
    • Kawasan naungan ialah kawasan yang mengakui ketuanan Melaka dan menghantar ufti.
    • Pemerintahan diketuai oleh pemerintah negeri berkenaan dan dibantu oleh pembesar tempatan
  • PENTADBIRAN KAWASAN JAJAHAN
    • Pemerintahan diketuai oleh pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka